berita

‘Kita Memang Serumpun Bangsa’ – PM Muhyiddin Yassin Terima Ucapan Tahniah Daripada Jokowi

March 2nd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 yang telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong diharapkan membuka lembaran pentadbiran baru dalam politik negara. Malah, Tan Sri Muhyiddin dilihat merupakan seorang ahli politik yang berkaliber dan tegas dalam perjuangannya.

Susulan dari pelantikan itu, Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo turut mengucapkan sekalung tahniah dan mengharapkan agar Perdana Menteri baharu ini dapat menjalin hubungan serumpun dengan negara itu.

Ucapan tahniah dari Pak Joko

https://www.facebook.com/muhammat.mdnoh/posts/2746641525452492?__xts__[0]=68.ARC6i9BsL10lv6bTg-ola4SxjKNmhdlhaCNC6dZCSe3a4f3z0Hf5puU9o_XI6_puZ7rvocum9bYpe3jmrpYrlY8gyf9VECM5me-NqNxTkj6iVT61nSnwuhUZZ8erH0PzAh-5BRSd51_lpYICUzp9sJvrXH-OTjmdeYKZvBG16xKAJnjzRT4RILPH5VGQeGY4wilh7NIbdkvWnM2O_LBXGC9BdSu8YkybHngiON6xCTJH_Y9GDge_L77mFbeWTGxvpkKEuU8ZECgthbZv2orEr4P2hb9kLgyypz4tbSnSG1Rz2gxi_48hXeLFaWBczRoIaCHrqYvU9fxzQlueFlsj2-KXfdMV2ykV_0ZoCg&__tn__=-R

Terlebih dahulu, Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 oleh Yang di-Pertuan Agong.

Atas nama bangsa Indonesia saya ingin mengucapkan tahniah atas pelantikan bapa sebagai Perdana Menteri yang kelapan. Pemerintahan Indonesia siap bekerjasama dengan YAB Tan Sri Muhyiddin dan Indonesia yang sudah terjalin selama ini. Selanjutnya, saya mengundang YAB untuk berkunjung ke Indonesia.

Kita memang serumpun bangsa

Tan Sri Muhyiddin turut meluahkan hasrat untuk terus menjalin hubungan baik dan kerjasama bersama negara jiran demi keharmonian serantau. Malah, dia turut kagum dengan usaha dan pencapaian yang telah dilaksanakan Presiden Indonesia itu.

Hubungan kita sekian lama memang baik. Tentunya niat saya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu ialah meneruskan dan memperkukuhkan lagi hubungan yang istimewa sebab kita memang serumpun bangsa. Malahan, kagum dengan usaha bapak menerusi pencapaian 100 hari. Hubungan ini memang saya hargai dan kalau ada usaha lagi, memang akan kita menambahbaikan lagi dalam apa-apa aspek.

Ucapan tahniah dari Singapura

https://www.facebook.com/shahabadi4ever/videos/3251771614852061/

Sementara itu, Perdana Menteri Singapura iaitu Lee Hsien Loong mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat Tan Sri Muhyiddin atas pelantikannya.

Kami harap tuan dapat meninggalkan segala kemelut dan berupaya melangkah ke hadapan dan menyatukan semula negara. Jadi, saya ingin mengundang Tuan ke Singapura secepat mungkin selepas selesaikan keutamaan di Putrajaya. Saya ucapkan yang terbaik untuk tugasan penting selepas ini, Tuan mempunyai pengalaman yang luas dalam politik di Malaysia dan kerajaan. Jadi, saya yakin Tuan mampu menjalankan tugas dengan baik dan kita boleh bekerjasama.

Sumber: TV3

SKIP THIS AD ×