Pelakon Wawa Zainal dan suami, Aeril Zafrel sering kali berkongsi foto dan video aktiviti harian mereka sekeluarga di laman media sosial. Malah, usikan pasangan suami isteri ini selalu menjadi tumpuan dan menghiburkan netizen.
Terbaru, Wawa Zainal berkongsi perasaan sedih apabila terpaksa melepaskan pembantu rumahnya yang sudah tamat perkhidmatan di situ.
Selamat jalan, Salma
View this post on Instagram
Wawa turut menitipkan ucapan istimewa buat bekas pembantu rumahnya. Menerusi video yang dikongsinya di laman Instagram berdurasi 2:35 minit itu turut menyaksikan Wawa Zainal menghadiahkan produk kosmetik miliknya dan sejumlah wang Rupiah sebagai tanda perpisahan.
Selamat jalan Salma, bibik kesayanganku. Sangat berat nak lepaskan orang yang kita sayang. Tapi Wawa sedar setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Jaga diri mu. Terima kasih atas semua memori.
Cara dia peluk tu… nangis
Rata-rata netizen turut bersedih melihat video yang dikongsikan Wawa ini. Mereka turut menyifatkan Wawa dan Aeril Zafrel beruntung kerana pernah memiliki seorang pembantu rumah yang sayangkan mereka sekeluarga. Apa-apapun, harus percaya bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Sumber: Wawa Zainal