Sebelum ini, pelakon Lana Nordin menerusi perkongsiannya di laman Instagram didakwa telah menempelak pengarah drama terkenal iaitu Michael Ang yang dikatakan telah masuk campur dengan kenyataannya mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham.
Terbaharu, memetik laporan Harian Metro, suami kepada Lana Nordin iaitu David Mackienzie bertindak mengarahkan peguam mereka menghantar surat tuntutan kepada Michael Ang yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya terhadap pelakon wanita itu.
‘Komen yang tiada kelas’
Difahamkan, David bertindak demikian adalah untuk menyelesaikan masalah atau perbalahan yang telah dipercayai berlaku membabitkan Lana Nordin dan Michael Ang.
Peguam saya akan hantar surat tuntutan. Ini adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara ini. Kita tengok berapa duit yang dia ada. Ini adalah satu pengajaran untuk tidak bercakap buruk mengenai orang lain.
Saya pasti tiada siapa akan menghargai apa yang diluahkannya. Ia adalah komen yang tiada kelas. Lelaki ini mempunyai sedikit mulut yang jahat.
‘Itu kenyataan tidak masuk akal’
Tambah David lagi, dia berasa kecewa dan kesal apabila dikatakan Michael Ang melabelkan Lana Nordin sebagai seorang ‘bimbo’ dan tidak memberi sokongan kepada frontliners yang bertungkus lumus berdepan dengan pandemik. David bagaimanapun menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Michael Ang itu.
Dia sering mengulangi perkara yang tidak berfaedah. Tiada suami yang suka bila seseorang bercakap perkara yang tidak baik mengenai isterinya, terutama menghina macam itu daripada seorang lelaki ataupun wanita.
Dia sering bercakap perkara buruk mengenai ramai orang. Dia juga mempengaruhi ramai orang untuk bercakap perkara yang buruk mengenai isteri saya. Dia cakap isteri saya tidak menyokong barisan hadapan dan itu adalah kenyataan yang tidak masuk akal.
Sumber: Harian Metro