Setiap manusia di muka bumi ini akan menerima ujian daripada Allah SWT. Ujian dan dugaan ini datang dalam pelbagai bentuk tanpa kita sedari. Begitu juga dengan nasib dua keluarga ini selepas rumah yang didiami mereka musnah dalam satu kebakaran yang dipercayai berlaku di Kampung Alor Bakat, Bachok, Kelantan.
Artikel Berkaitan: Pasangan Selebriti Dikompaun Langgar SOP Kedai Makan
Susulan daripada insiden tersebut, pasangan selebriti terkenal iaitu Shuib dan Siti Sarah telah tampil menghulurkan bantuan.
Bantu bina rumah
Berdasarkan perkongsian Siti Sarah Raissuddin di Instagram memaklumkan bahawa dia dan suami akan membina rumah baharu buat kedua-dua keluarga yang terlibat dalam kebakaran tersebut. Tetapi sepanjang tempoh pembinaan, keluarga tersebut akan diberikan rumah sewa dan segala kos ditanggung oleh Shuib dan Sarah.
Masyaallah. Kebetulan semalam pembukaan Bubblebeemalaysia, ada orang bagi tahu pasal dua buah rumah terbakar habis tak jauh dari tempat kami launching. Sarah terus tergerak hati nak ajak Shuib dan team ke sana. Sampai je dekat sana, tengok rumah kak Halimah & Kak Hawa, hati Sarah rasa macam nak pecah.
Difahamkan, insiden cemas itu berlaku sekitar jam 3:30 pagi dan dalam tempoh 30 minit sahaja, rumah kedua-dua keluarga ini sudah musnah dijilat api.
Kita semua tengah tidur nyenyak, diorang berlari selamatkan diri dari api sampai tak sempat nak selamatkan barang-barang. Apatah lagi yang bayangkan Sarah sampai petang rumah masih berasap tak habis lagi.
Dua rumah terbakar
View this post on Instagram
Semoga dimurahkan rezeki
Dalam kesempatan itu, Siti Sarah berharap agar segala urusan akan dipermudahkan dan mereka akan sedaya upaya untuk membantu kedua-dua keluarga ini.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan para peminat dan rakan artis tidak putus-putus memuji tindakan mulia Siti Sarah dan suami yang sanggup menghulurkan bantuan. Selain itu, mereka turut mendoakan agar pasangan ini sentiasa dimurahkan rezeki.
Sumber: Siti Sarah Raissudin