berita

‘Kita Tunggu Sajalah…’ – Liza Hanim Enggan Perbesar Isu Hadiah Tak Dapat, Yakin Rezeki

August 30th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Penyanyi Aishah meluahkan isu kelewatan pihak penganjur sebuah program realiti menyampaikan hadiah sebidang tanah banglo seperti dijanjikan. Diam tak diam, sudah setahun berlalu namun janji hanya tinggal janji. Selain Aishah, turut menerima nasib sama adalah pemenang kedua, Liza Hanim dan ketiga Lan Solo.

Lan Solo pernah membuat kenyataan mengenai kekecewaannya itu kepada media. Tambah Lan, pihak penganjur sudah berkali-kali memberi alasan apabila ditanyakan hadiah. Berbeza pula dengan Liza Hanim yang lebih tenang berhubung isu itu.

Tidak perbesar isu

Menurut Liza, dia lebih suka untuk tidak membesarkan isu berkenaan kerana dia percaya hal berkenaan akan diselesaikan dengan cara baik menerusi perbincangan dengan pihak penaja.

Saya lebih selesa untuk tidak memperbesarkan isu ini kerana percaya ia mampu diselesaikan dengan baik. Sejujurnya saya beruntung kerana berada di bawah pengurusan yang sentiasa membantu termasuklah menguruskan hal ini dengan penaja.

Apabila isu ini viral, mereka (penaja) ada hubungi dan beritahu masalah yang dihadapi, jadi kita tunggu sahajalah.

Tak pernah tak dapat hadiah dijanjikan

Ujar penyanyi Gelisah Mimpi ini lagi, pihak penaja berjanji untuk bertemu dengan mereka pemenang selepas 31 Ogos ini dan pihaknya tidak bermasalah dengan cadangan itu.

Penaja berjanji untuk jumpa kami bertiga selepas sambutan Hari Kebangsaan, jika itu permintaannya kami okay sahaja. Buat masa ini ada komunikasi antara kami dan penaja, sebab itu saya tak mahu memperbesarkan hal ini melainkan perbincangan itu kelak tiada jalan penyelesaian.

Liza juga percaya, setiap apa yang ditakdirkan miliknya akan sampai juga masanya, semuanya terpulang kepada soal masa sahaja.

21 tahun jadi artis tak pernah lagi tak dapat hadiah yang dijanjikan, ini kali pertama hadiah diterima lambat sikit. Saya percaya kalau itu hak kita, rezeki kita, kita akan dapat juga

Sumber: Mstar Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×