berita

KJ Kongsi Sebab Tak Keluar Dewan Rakyat

July 16th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Kecoh Dewan Rakyat pagi tadi apabila majoriti ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dari Dewan. Ini kerana dasar protes terhadap prosedur pelantikan Speaker Dewan Rakyat. Namun, kelihatan hanya YB Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Anifah saja yang berada di kerusi.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Lihat Ketegasan KJ Enggan Keluar Dewan Walaupun Didesak Pemimpin UMNO

Ini respon Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin sebaik saja keluar dari Dewan.

Hormat Dewan dan majlis

Walaupun ada pertikaian berkenaan pelantikan Speaker, namun saya berpendapat itu bukan cara kita nyatakan bantahan. Hari ini adalah hari upacara angkat sumpah. Jadi, kita perlu hormati Dewan dan majlis angkat sumpah.

Dia juga berpendapat bahawa sekiranya terdapat bantahan yang ingin dibuat, mereka boleh berbahas pada sesi perbahasan atau selepas upacara pembukaan esok. Namun, YB Khairy juga menegaskan dia hanya bercakap bagi pihak dirinya sahaja.

Lebih baik hormati majlis

Kalau bukan esok, boleh juga dilakukan melalui ‘Standing Order’ pada Rabu. Bagi saya, lebih baik hormati majlis dan tidak buat apa-apa tindakan untuk mencemar imej Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang. Saya hanya membuat keputusan yang saya rasa betul untuk hormati majlis.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×