berita

KKM Sahkan Kes Sporadic Pertama COVID-19, Tidak Pernah Travel & Tiada Kontak Dengan Pesakit

March 12th, 2020 | by faris
Kini Trending

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan jangkitan kes “Sporadic” pertama Covid-19 semalam. Hal itu menandakan pertama kali coronavirus berkenaan dikesan secara terpencil dan rawak dalam masyarakat.

Kes sporadic pertama

Berita itu dimuatnaik di laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia pada Khamis. Kes sporadic bermaksud mereka yang disahkan tidak mempunyai sejarah ke negara terlibat.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham, kes itu dikesan setelah Kementerian Kesihatan menjalankan tinjauan pada 600 sampel diambil dari pesakit influenza-like illnes dan jangkitan pernafasan akut teruk (SARI).

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham meminta orang ramai untuk memberi masa kepada pihaknya bagi mengenalpasti punca kes yang baru dikenalpasti itu.

Siasatan masih dijalankan untuk mengenalpasti jangkitan sporadic berkenaan. Biar pihak kami jalankan siasatan terperinci secara kolektif sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Nasihat jemaah tabligh jalani pemeriksaan

Malaysia semalam menambah 20 kes COVID-19 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 149. Daripada 149, 22 dikesan dalam kalangan orang dalam siasatan (PUI), 124 kes daripada kaitan rapat, manakala baki 2 kes adalah sebahagian misi kemanusiaan, selain seorang adalah dari SARI.

Kementerian mengenalpasti kaitan rapat kes ini untuk mengesan puncanya. Proses ini akan berlanjutan sehingga punca jangkitan dikenalpasti.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham juga menasihatkan acara jemaah tabligh pada 27 Februari hingga 1 Mac di Masjid Seri Petaling dan mempunyai simptom sakit bagi menjalani pemeriksaan COVID-19.

Sumber: New Straits Times, Kementerian Kesihatan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×