berita

KKM Sumbang Vaksin COVID-19 Kepada Bangladesh & Laos

December 7th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia ke-72 (WPRCM-72), kerajaan Malaysia meluahkan rasa komited dalam memastikan negara-negara yang memerlukan mendapat kesaksamaan akses kepada bekalan vaksin Covid-19.

Malaysia pernah menerima sumbangan juga

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan memutuskan untuk menyumbangkan 559,200 dos vaksin jenis AstraZeneca kepada negara Bangladesh dan 283,400 dos vaksin jenis yang sama kepada negara Laos. Kedua-dua negara tersebut bakal menerima sumbangan bekalan vaksin ini pada 6 dan 8 Disember ini.

Sehingga hari ini, kadar vaksinasi lengkap bagi populasi Bangladesh adalah 20 peratus manakala bagi Laos, kadar vaksinasi lengkap bagi penduduk negara tersebut adalah 42 peratus. Untuk makluman, Malaysia sebelum ini juga pernah menerima sumbangan vaksin dari empat buah negara iaitu Jepun, Amerika Syarikat, China dan United Kingdom dengan jumlah keseluruhan sumbangan yang diterima adalah sebanyak 2,913,790 dos. Sumbangan ini telah membantu meningkatkan kadar liputan vaksinasi di dalam negara dan kini, Malaysia berharao dapat lakukan perkara yang sama kepada negara-negara yang memerlukan.

Di samping itu, KKM turut memberi jaminan kepada seluruh Keluarga Malaysia bahawa dengan pemberian sumbangan ini, negara masih mempunyai stok bekalan vaksin yang mencukupi untuk program vaksinasi populasi dewasa, remaja dan juga pemberian dos penggalak kepada mereka yang telah layak.

Bantu negara-negara yang memerlukan

Di akhir kenyataan media tersebut, KKM berharap sumbangan yang diberikan ini dapat membantu usaha kerajaan kedua-dua negara dalam menangani pandemik Covid-19 serta meningkatkan kadar vaksinasi di negara masing-masing.

Kerajaan melalui KKM dan Wisma Putra akan terus mengenal pasti dan membantu negara-negara yang mencatatkan kadar vaksinasi yang rendah melalui pemberian sumbangan vaksin Covid-19.

Sumber: KKM

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×