Viral di media sosial mengenai petikan mesej dari aplikasi WhatsApp yang mendakwa sebuah van Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir membuat pemeriksaan ujian swab di sekitar taman perumahan dikatakan bukan milik KKM. Selain itu, mesej tersebut turut mendakwa van tersebut digunakan sebagai salah satu modus operandi penjenayah.
Menerusi laman rasmi Facebook KKM menyatakan bahawa dakwaan tersebut adalah palsu. Selain itu, KKM turut menegaskan bahawa van tersebut milik KKM dan kakitangan yang terlibat adalah warga kerja KKM.
Dakwaan tersebut adalah palsu
Dakwaan mengatakan van KKM digunakan untuk aktiviti jenayah adalah palsu. Van tersebut adalah milik KKM dan kakitangan yang terlibat adalah warga kerja KKM. Pihak KKM telah membuat laporan polis berhubung aduan palsu ini.
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan menghubungi anda sebelum mereka datang ke rumah.
Menurut KKM pihaknya akan segera menghubungi orang ramai sebelum mereka datang ke rumah bagi menjalankan ujian swab. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai dan menyebarkan berita palsu.
KKM buat laporan polis
Sehubungan dengan itu, pihak KKM telah membuat laporan polis berhubung penyebaran berita palsu berkenaan. Pada masa yang sama, KKM menegaskan bahawa kakitangan tersebut merupakan penguatkuasa kawalan penyakit dan akan hadir untuk membuat pemantauan Patient Under Investigation (PUI) sahaja.
Sumber: KKM