berita

‘Klepet’ Tampilkan 3 Jejaka Terhangat Di Pasaran! Aedy Ashraf, Meerqeen & Nadhir Nasar Selaku Peneraju Utama

December 1st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Klepet Meerqeen Nadhir Nasar Aedy Ashraf

Rumah produksi Respected Citizen Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh pasangan selebriti terkenal Aeril Zafrel dan Wawa Zainal hadir dengan sebuah filem baharu berjudul Klepet.

Artikel Berkaitan: ‘Baik Macam Mana Pun Tetap Ada Tak Suka’ – Aeril Zafrel & Wawa Zainal Tiada Niat Tayang Kemewahan

Artikel Berkaitan: Wawa Zainal Dedah Raf Yaakob Datang Berjumpa, Bagitahu Bercerai Dengan Mawar – ‘Moga Ada Sinar Kembali’

Idea Klepet

Klepet Meerqeen Nadhir Nasar Aedy Ashraf

Filem bergenre komedi aksi akan memulakan penggambaran pada bulan Disember ini dan dijangkakan tayangan pada Julai atau Ogos tahun depan.

Penggambaran akan dijalankan sepenuhnya di Melaka dengan kerjasama kerajaaan negeri dan turut mendapat dana pelengkap Finas melalui Dana Kandungan Digital (DKD).

Menurut Aeril, idea untuk menghasilkan filem ini selepas melihat kurangnya pembikinan naskhah yang menceritkan tentang percutian menggunakan kenderaan jenia caravan.

Idea untuk buat filem apabila melihat tiada lagi filem yang berunsurkan motorhome atau caravan di Malaysia.

Kerana genre yang sedia ada di pasaran, penonton sudah boleh jangka.

Tambah lagi sekarang mood healing menjadi trend netizen, suka pergi perkhemahan dan camping.

Aeril berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Klepet yang berlangsung di Putrajaya, pada Selasa.

3 jejaka terhangat

Klepet Meerqeen Nadhir Nasar Aedy Ashraf

Filem yang menelan kos sebanyak RM2.1 juta itu membariskan aktor tampan seperti Aedy Ashraf, Meerqeen dan Nadhir Nasar sebagai peneraju utama.

Berkongsi lanjut mengenai pemilihan tiga aktor terhangat di pasaran itu, Aeril menjawab pihaknya yakin dengan barisan pelakon yang dipilih selain mempunyai nilai komersial yang tinggi.

Bercakap soal pemilihan pelakon yang namanya sedang naik memang kami melihat dari sudut pemasaran, itu yang kami perlukan dan diambil kira.

Kami yakin dengan pasukan produksi dan pelakon yang ada mampu untuk melonjakkan filem ini.

Saya juga target boleh cecah 6-7 juta kutipan. Saya bercakap berdasarkan logik.

Filem ini diarahkan oleh pengarah yang bakatnya tidak perlu disangkal lagi kerana pernah terlibat secara langsung dalam animasi tempatan dan luar negara termasuk syarikat studio terkenal iaitu Indra Putra.

Selain Aedy Ashraf, Meerqeen dan Nadhir Nasar, Klepet turut dibintangi Joey Daud, Adlin Aman Ramlie, Namie dan Eric Fauzi.

Sementara itu, turut menampilkan wajah baharu seperti Arfie Shah dan Darina Porhun.

 

SKIP THIS AD ×