berita

Kluster Gunting Rambut Di Springfield, Ada Gejala Tapi Tetap Bekerja Selama 8 Hari

July 28th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pandemik Covid-19 membimbangkan apabila kelihatan segelintir di antara kita tidak mematuhi SOP yang ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial antara langkah yang disarankan kerajaan bagi mengurangkan jangkitan gejala.

Terbaru, terdapat dua kes di Springfield, Missouri melibatkan tukang gunting rambut yang disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun, perkara itu dikhuatiri berjangkit kepada 139 pelanggan yang pernah menerima servis di salun tersebut.

Kluster gunting rambut

Menerusi perkongsian di laman Centers of Disease Control and Prevention melaporkan terdapat 2 orang tukang gunting rambut di sebuah salun di Springfield, Missouri telah dikesan positif Covid-19 setelah didapati mempunyai gejala pernafasan.

Walaupun, mempunyai gejala Covid-19, mereka masih terus bekerja selama 8 hari sebelum ujian dilakukan .Tambah laporan lagi, dalam tempoh tersebut, seramai 139 pelanggan telah terdedah kepada tukang gunting berkenaan. Setiap pelanggan terdedah lebih dari 15 minit dengan jarak dekat kurang 1 meter dengan tukang gunting itu.

Walaubagaimanapun, tukang gunting dan semua pelanggan mematuhi SOP dengan memakai topeng muka semasa operasi menggunting rambut berlangsung. Saringan yang dilakukan kepada 139 pelanggan didapati tiada pelanggan yang positif Covid-19.

Patuhi SOP di tempat awam

Dalam kejadian kluster gunting rambut ini membuktikan kepentingan dan keberkesanan pemakaian topeng muka dan pematuhan SOP dalam mencegah penularan jangkitan. Kegiatan ekonomi, sekolah dan industri perlu diteruskan. Kita tidak lagi mampu untuk menanggung kesan ekonomi jika PKP diteruskan.

Public Health Malaysia menerusi laman Facebook juga mohon kerjasama semua untuk mematuhi SOP dan memakai topeng muka di tempat awam. Bersabarlah, kita semua sedang berjuang.

Sumber: Public Health Malaysia, CDC

SKIP THIS AD ×