berita

Kobis Bunga Boleh Buat Celup Tepung? Makan Dengan Nasi Sedap, Ratah Pun Layan!

January 24th, 2020 | by faris
MyResipi

Salah satu cabaran untuk ibu-ibu selain kepadatan masa untuk mengurus rumah tangga adalah kepayahan untuk memikirkan menu sesuai bagi anak-anak. Tambahan lagi kalau si anak cerewet atau langsung tak mahu makan sayur. Apa kata guna trick Pari Malar Thoraisingam menggoreng kobis bunga sehingga menjadi snek enak. Tak sangka rupanya sayur!

Bahan-bahannya:

Serbuk cili

Serbuk kunyit

Serbuk ketumbar

8 sudu tepung jagung

6 sudu tepung beras

Garam dan gula secukup rasa.

Potongkan kobis bunga

Potong kobis bunga kecil-kecil. Gaul dengan serbuk cili.

Lumurkan serbuk kunyit dan serbuk ketumbar

Campurkan bahan-bahan lain

8 sudu tepung jagung, 6 sudu tepung beras, garam and gula. (Boleh masukkan perencah ayam atau aji kalau suka) Saya buat vegetarian pun sedap takda perencah.

Masukkan telur dan kemudian tepung suji

Goreng sehingga keemasan

Gorengkan daun kari

Dah siap

Sumber: Pari Malar Thoraisingam

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×