berita

Koleksi Foto Mengandung Anne Ngasri

July 2nd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Anne Ngasri  5

Umum tahu pelakon genit, Anne Ngasri kini sedang sarat mengandungkan zuriatnya bersama suami baru, iaitu Mohd Sumali Reduan dan menerusi foto-foto yang dikongsikan oleh pelakon tersebut di laman akaun Instagram, perut Anne kini dilihat sudah semakin membesar dan comel.

Pada dasarnya, ini merupakan perkahwinaan kedua buat Anne dan hasil perkahwinannya bersama suami pertama, Abdul Wafi Hassan, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afrozah.

Anne Ngasri  10

Anne Ngasri & suami meluangkan masa bersama

Untuk makluman, Anne Ngasri dan Mohd Sumali telah bertunang pada November tahun lalu dan pasangan ini telah dilaporkan sah bergelar suami isteri pada 22 Disember 2012 di Kampung Sungai Pinang, Pontian, Johor.

Artikel Berkaitan :

Bagi semua peminat Anne Ngasri, di sini OHBULAN! selitkan juga koleksi foto mengandung pelakon tersebut buat tatapan anda semua.

Kredit Foto : Instagram Anne Ngasri

SKIP THIS AD ×