berita

Koleksi HydroConquest Longines, Sesuai Untuk Aktiviti Menyelam!

September 23rd, 2021 | by Noraniza
Kini Trending

Koleksi terbaharu Longines, HydroConquest menawarkan jam tangan yang sesuai dengan korang yang mahu tampak gaya mewah teapi dalam masa yang sama sukakan aktiviti menyelam. Menarikkan?

Koleksi ini juga tampil lebih elegan dengan variasi 2 tona warna iaitu ‘stell and rose PVD’ dan ‘steel and yellow PVD’.

Mewah, bergaya walaupun untuk aktiviti dalam air

Siapa kata korang tak boleh tampak mewah walaupun untuk sukan menyelam? Range HydroConquest ni memang memenuhi aspek estetika dan berfungsi sepenuhnya sebagai jam menyelam.

Dengan warna biru, kelabu, hitam dan hijau,  HydroConquest diperkemas dengan reka bentuk dengan bezel yang menampilkan sisipan seramik di warna yang sama dengan dail.

Variasi warna hijau, hitam dan biru kini boleh didapati dalam ‘two-tone steel and yeallo PVD’ manakala untuk kelabu, hitam dan biru pula didatangkan dengan versi ‘steel and rose PVD’.Malah, korang juga boleh dapatkan strap getah berearna hitam, biru dan hijau.

Diinspirasikan daripada dunia sukan air, HydroConquest menekankan aspek bold style dan juga direka untuk menarik perhatian para atlet.

Antara ciri utama HydroConquest ialah Water-Resistance sehingga 300 meter, a unidirectional rotating bezel, a screwdown crown and case back dan semestinya terdapat double security folding clasp with an integrated diving extension piece.

Malah, HydroConquest dilengkapkan dengan self-winding movement (L888.5) yang menampilkan spring-spring silikon antimagnetik untuk menjamin tinggi ketepatan dan jangka hayat yang lebih panjang.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×