berita

Komen Mia Ahmad Bila Video Cium Suami Dikecam Netizen

November 6th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Jika ditanya siapakah yang paling gembira ketika ini, susah semestinya warga Johor apabila pasukan bola sepak kesayangan mereka memenangi Final Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah 2-0 seterusnya merangkul piala keramat tersebut. Antara individu yang paling gembira dengan kejayaan ini ialah pelakon Mia Ahmad yang juga merupakan isteri kepada pejaga gol JDT, Izham Tarmizi. Sejurus tamat perlawanan, Mia terus kedagapan suaminya dan menghadiahkan ciuman di pipi suami.

Ternyata insiden tersebut menyebabkan segelintir netizen berasa kurang senang dengan tindakan Mia Ahmad itu. Dakwa mereka tindakan seperti itu tidak perlu ditunjukkan kepada umum. Mia tampil memberitahu Mstar dengan menjelaskan bahawa tindakannya itu berlaku secara spontan disebabkan terlalu gembira.

“Ini Pekara Normal”

https://www.instagram.com/p/BbFNLA1nlhn/?hl=en&taken-by=mia.ahm4d

Kata Mia, perkara tersebut adalah perkara normal apabila kita rasa gembira untuk suami yang telah bertungkus limus menjaga gawang JDT dari dibolosi sepanjang 90 minit masa perlawanan. Video tersebut telah dimuat naik oleh Mia di Instagram pada Ahad kemudian tular di media sosial dan segelintir netizen berpendapat bahawa perkara tersebut tidak manis dilakukan dikhalayak ramai.

Periksalah Hati Anda

Namun Mia tidak ambil peduli tentang pandangan negatif segelintir netizen yang mengecam tindakannya itu.

Saya tidak pasti video itu viral sebab ‘sweet’ atau ramai yang kecam. Tapi kalau ada yang nak kecam suruh mereka periksa hati mereka semula.

Bagi kami tak salah Mia nak cium suami sendiri untuk menunjukkan rasa bangga. Mereka merupakan pasangan suami isteri yang sah dan tak salah pun untuk membuat perkara sedemikian. Apa- apa pun tahniah kepada Mia Ahmad, suami dan seluruh pasukan bola sepak Johor Darul Takzim.

Sumber: Mia Ahmad, Izham Tarmizi, Mstar

SKIP THIS AD ×