Setelah dua tahun lebih beroperasi sejak Disember 2021, KamiSempoi International Agency (KSIA) kini mampu berbangga kerana berjaya meraih pengiktirafan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia serta Top 5 TikTok Agency di Asia Tenggara.
Sekaligus membantu mengukuhkan kedudukan mereka sebagai syarikat agensi lokal TikTok terbesar yang banyak melahirkan pencipta kandungan atau pempengaruh.
Artikel Berkaitan: Riezman Khuzaimi Pernah Terima Tawaran Berlakon RM150 Sehari – ‘Saya Rasa Itu Seperti Satu Penghinaan’
Lahirkan pempengaruh berjaya
Sejajar dengan pencapaian yang diraih itu, KSIA juga sudah bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh lagi bagi membantu mereka di luar sana yang ingin menjadi pempengaruh dan menjana pendaptan mereka sebagai live host TikTok.
Pengasasnya, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Cin Swee berkata, pihaknya benar-benar berbangga dengan kejayaan yang dicapai mereka itu dalam tempoh yang singkat.
Apa yang membezakan KSIA dengan agensi-agensi yang lain adalah kami tidak putus-putus mengadakan latihan kepada live host TikTok kami sama ada yang bernaung terus di bawah KSIA sendiri atau sub agensi kami.
Kita menyediakan latihan ini secara percuma. Ada latihan yang KSIA sediakan dan ada pula yang disediakan oleh sub-agensi kami. Pendek kata, banyak ilmu mereka boleh mereka perolehi daripada sesi latihan ini.
Kami tidak pernah putus asa memberikan latihan yang berterusan ini kerana kami mahu mengasah TikToker ‘mencipta konten’ dan juga bagaimana mereka boleh ‘engaged’ dengan pengikut supaya mereka boleh ada ramai pengikut, dan pada masa yang sama mereka mampu menjadikan platform TikTok sebagai satu sumber pendapatan.
Jadi, pada mereka yang ingin nak jadi live host TikToker bolehlah datang ke KSIA dan kita akan cuba berikan latihan dan tunjuk ajar sebagai persiapan untuk mereka menggapai impian mereka itu.
Selain dinaungi 1,300 live host TikTok di Malaysia, syarikat agensi lokal ini turut berjaya meluaskan empayar mereka di Indonesia dan Singapura apabila memiliki 100 live host TikTok (Singapura) dan 550 live host TikTok (Indonesia) serta dinaungi 21 sub agensi secara keseluruhan.
Riezman Khuzaimi dilantik sebagai duta
Baru-baru ini, aktor Riezman Khuzaimi atau Abang Don telah dilantik sebagai duta KamiSempoi International Agency.
Menurut Pakcik Chin Swee, pemilihan Riezman Khuzaimi dilakukan kerana dia adalah antara live host TikTok yang pernah menjana pendapatan yang tinggi dan kini sudah membuka sub-agensinya di bawah KSIA.
Ada beberapa artis yang berada di bawah sub-agensi Riezman. Misalnya, Nita Hamzah yang juga antara live host TikTok KSIA yang aktif.
Menariknya mengenai KSIA, kini turut menawarkan peluang kepada hos-hos yang berjaya untuk membuka perniagaan bersama dan kebanyakan sub-agensi kami, memang terdiri daripada live hos TikTok.
Sementara itu, Riezman pula berkata, pemilihannya sebagai duta KSIA adalah satu penghormatan dan tugasnya adalah untuk membantu menjayakan kempen dan menggerakkan lagi beberapa aktiviti yang dijalankan KSIA.
Insya-Allah, sudah ada perancangan bagi KSIA untuk membuat jelajah bergerak di beberapa tempat nanti.
Dalam pada itu, baru-baru ini mereka turut menganjurkan KamiSempoi Golden Award 2023 untuk memberikan pengiktirafan kepada live host TikTok dan sub-agensi mereka.
Ini adalah penganjuran kali kedua. Sebelum ini, kami pernah anjurkan acara anugerah yang pertama di Sepang dan kami berhasrat untuk mengadakan acara anugerah ini secara tahunan.