Ramai yang ternanti-nanti kesudahan drama Wanita Syurga sama ada Ardini memilih Luqman sebagai teman pengganti hidupnya dan berjayakah dia menggapai bahagia yang dicari-cari?
Artikel berkaitan: Bahang Kian Terasa! Episod Akhir ‘Lelaki Itu’ Dijangka Raih Lebih 4 Juta Penonton
Artikel berkaitan: Siti Khadijah Akui Terasa ‘Sunyi’, Doa Agar Dipertemukan Jodoh – ‘Usia Saya Dah 27 Tahun’
Siapakah pilihan hati Ardini?
Drama ini menampilkan pelakon tanah air yang mantap seperti Redza Rosli, Siti Khadijah Halim, Riena Diana, Nazim Othman, Marissa Yasmin dan ramai lagi merupakan hasil karya Riza Baharudin dan olahan skrip oleh Sophilea, Haidi Mazni dan Shaza Talib.
Pada permulaannya, Ardini hanyalah seorang suri rumah yang telah meninggalkan kerjayanya demi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap anak-anak, Wana dan Muqrie. Rumah tangga mereka amat bahagia sehinggalah kehadiran bos Amar iaitu Farah sebagai orang ketiga.
Amar dan Farah berkahwin di luar negara tanpa pengetahuan keluarga. Sejak itu, segalanya berubah sehingga Amar berlaku tidak adil terhadap Ardini dan anak-anaknya. Amar banyak melebihkan Farah kerana Farah seorang yang lebih menjaga penampilan dan bekerjaya.
Cabaran demi cabaran diberikan oleh Amar dan Farah demi menjatuhkan Ardini. Namun Ardini tidak lagi seperti dahulu, dia bangkit demi mencapai kebahagiaanya dengan mengambil hak penjagaan anak.
Keberadaan Luqman pula membantu Ardini dari segi hak penjagaan anak-anak serta harta sepencarian, mut’ah dan edah yang selama ini Ardini tidak tuntut. Apakah nasib yang bakal menimpa Amar? Adakah Ardini akan bahagia di penghujungnya?
Jangan ketinggalan untuk menonton episod akhir Wanita Syurga menerusi slot Akasia pada 2 Mei 2024, jam 7.00 malam ini di TV3.
Penonton juga boleh strim di perkhidmatan penstriman iQIYI satu jam selepas siaran TV dalam sari kata Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia secara percuma pada bila-bila masa melalui aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store.