Selepas berpisah dengan Engku Emran, pelakon dan penyanyi Indonesia, Laudya Cynthia Bella kelihatan menyepi daripada industri seni.
Ada yang jatuh hati
Baru-baru ini, Laudya, 33, menjadi tumpuan ramai orang selepas memeluk anak kepada Irwansyah dan Zaskia Sungkar iaitu Ukkasya Muhammad Syahki.
Foto tersebut dikongsikan sendiri oleh Irwansyah di Instagram (IG) miliknya berserta kapsyen.
Ada yg nemplok (jatuh hati). Masyaallah Tabarakallah.
Tak elok kongsi foto wanita yang bukan mahram
Menjengah di ruangan komen, rata-rata memuji kecantikan Laudya serta penampilan dirinya yang tampak manis dan ayu.
Bagaimanapun, ada netizen yang mempersoalkan kenapa pelantun lagu Pencinta Wanita berkongsi foto wanita lain selain daripada Zaskia. Malah, segelintirnya berseloroh meminta Irwansyah menjadikan Laudya sebagai isteri kedua.
Terdahulu, Laudya berkahwin dengan Engku Emran pada 8 September 2017 namun hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada Julai tahun lalu.
Kemudian, Engku Emran berkahwin dengan kakak Neelofa, Noor Nabila pada Mac lalu.
Sumber: Instagram @irwansyah_15