Perkongsian foto terbaharu Aiman Hakim Ridza di Instagram miliknya telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen ‘Jatuh Cinta’ Tengok Rumah Zahirah MacWilson & Aiman Hakim – ‘Taste Yang Berbeza, Memang Very Classy’
Foto mesra Aiman & Zahirah
Menerusi hantaran tersebut, Aiman sempat berkongsi foto mesranya bercium bersama isteri iaitu Zahirah MacWilson. Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya kurang setuju dengan perkongsian tersebut.
Mereka berpendapat bahawa foto tersebut tidak sepatutnya dikongsikan kepada umum dan hanya untuk tontonan peribadi sahaja.
Tidak kurang juga ada di antara mereka menasihati pasangan itu supaya tidak terlalu menunjukkan kebahagiaan di khalayak ramai kerana khuatir ada pihak yang cemburu dan cuba mengambil kesempatan. Selain turut bimbang jika ada individu akan berasa ‘panas’ melihat aksi mesra mereka dan akan ‘meroyan’ di media sosial.
Sumber: IG Aiman Hakim Ridza