berita

Kongsi Foto ‘Pre-Wedding’, Miller Khan Mula Terima Ucapan Tahniah

October 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pada Mac lalu, pelakon kacak kelahiran Malaysia yang menempa nama di Indonesia iaitu Miller Khan sah bergelar tunang kepada pereka fesyen, Farina Rebecca di Jakarta.

Artikel Berkaitan: Pilih Tarikh ‘Hari Bahagia’ Sama Dengan Adik, Miller Khan Lamar Kekasih Dalam Helikopter

Tak lama dah nak kahwin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Miller Khan (@miller_khan)

Selepas tujuh bulan bertunang, Miller, 34, seakan memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), abang kepada aktor Isa Khan ini berkongsi beberapa keping foto pra-perkahwinan (pre wedding) pada Selasa.

Love of my life, soon to be wife (pengantin perempuan).

Dalam hantaran berbeza, pemilik nama Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan turut memuat naik sebuah video yang memaparkan momen romantik pasangan sama cantik sama padan ini.

Kenalan ucap tahniah

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mula membanjiri dengan meninggalkan ucapan tahniah kepada Miller dan Farina.

Malah, ada dalam kalangan wargamaya berharap agar pernikahan pelakon sinetron Surga Yang Ke 2 akan ditayang secara langsung (live).

Terdahulu, Miller telah melamar Farina di udara dengan menaiki helikopter pada ketinggian kira-kira 300 meter atau 1,000 kaki.

Sumber: Instagram @miller_khan

SKIP THIS AD ×