berita

Kongsi Foto Selfie Dengan Anak Perempuan, Ramai Panggil Ebit Lew ‘Ayah’

May 17th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Siapa tidak mengenali pendakwah bebas iaitu Ebit Lew yang cukup terkenal dengan sifat pemurah sanggup membantu sesiapa sahaja dalam kesusahan. Setiap aktiviti kemanusiaan yang dilakukan oleh Ebit Lew pasti mendapat perhatian ramai pihak.

Terbaru, Ebit Lew memuat naik foto bersama anak perempuannya di laman Facebook dan tidak sangka ramai tawar diri nak jadi ‘menantu’ kepada pendakwah bebas itu.

Anak sulung ayah…

Boleh dikatakan ini adalah kali pertama Ebit Lew berkongsi foto ‘selfie’ dan memperkenalkan anak sulungnya yang bernama Airis Safiyyah Lew di media sosial. Difahamkan, tahun ini Airis Safiyyah Lew telah cecah 12 tahun usianya.

Selalu pergi mana-mana orang ajak selfie. Ni Safiyyah Lew ajak selfie. Selamat hari raya anakku. Apa misi ayah lepas ni? Ayah mesti penatkan? Ayah rehatlah sikit. Kasihan ayah. Doakan ye anakku. Ayah buat semua ni cuma kerana ingin menunjukkan sikit rasa syukur pada Allah. Terima kasih pada Allah. Dari kecil sampai sekarang dia dengar doa ayah. Tak berhenti buat baik pada kita. Yang beri semuanya. Tiada kita punya. Semuanya milik Allah.

Anak sulung ayah. Terima kasih bidadariku melahirkan dan jaga anak-anak ni semua. I love you bidadariku.

Sementara itu, meninjau di laman komen posting berkenaan, kelihatan ramai pula pengguna media sosial ‘tawar’ diri untuk menjadi menantu kepada Ebit Lew. Siap panggil Ebit Lew sebagai ayah lagi!

‘Saya tahu ayah penat’

‘Selamat hari raya ayah’

Sumber: Ebit Lew

SKIP THIS AD ×