Selebriti media sosial Caprice memaklumkan dia telah dipanggil pihak polis berhubung video yang dimuat naiknya mengenai seorang anggota polis yang didakwa pesalah kes langgar pelajar sekolah, Muhammad Zaharif sehingga maut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Caprice Menyorok Dalam Almari Ulas Isu Alif Teega, Kantoi Dengan Isteri Siap Kena Pulas Telinga -‘Galak Awak Ni!’
Artikel Berkaitan: ‘Sebab Ramai Keluar Kata-Kata Lucah & Buat Isteri Terguris Hati’ – Caprice Padam Posting Imbasan Ultrasound Di IG
Bantu siasatan
Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice berkata dia diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kontijen Dang Wangi pada jam 2 petang, Khamis bagi memberi keterangan.
Saya dipanggil untuk pergi ke IPD Dang Wangi pada jam 2 petang ini tentang satu video yang viral dekat TikTok berkenaan mamat polis yang langgar budak sekolah.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas mendoakan urusan Caprice dipermudahkan.
Sebelum ini, Caprice memuat naik sepotong video mendedahkan wajah seorang anggota polis yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes kematian pelajar sekolah bernama Muhammad Zaharif yang didakwa telah dilanggar sehingga menyebabkan kematian.
Terdahulu, mangsa yang baru sahaja berusia 17 tahun maut di hadapan sekolah selepas dilanggar oleh suspek yang berusia 44 tahun.
Hasil bedah siasat dibuat pihak polis mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh kecederaan pada bahagian dada dan abdomennya akibat pelanggaran yang berlaku.
Sumber: Instagram