berita

Kongsi Positiviti Di Media Sosial, 6 Pendapat Mereka Ini Bukti Malaysia OK!

March 28th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Pernah tak korang terbaca news pasal Malaysia kat Google atau Facebook yang kurang enak dibaca? Tak syok betul kan? Memandai-mandai je kata Malaysia tak amanlah, rakyat bergaduh dan macam-macam lagi! Kebanyakan news tu pun ditulis orang luar yang mana tak duduk di Malaysia dan tak tau keadaan kita kat sini macam mana…

Tapi sebenarnya, #KitaOK je kat Malaysia! Korang tak percaya? Baca 6 perkongsian mereka ni di media sosial. Semuanya positif je!

1.  Peluang ada di mana-mana, asalkan kita usaha

Kehidupan tak selalunya indah seperti yang kita sangka. Tapi, ramai di antara kita mampu merasai ‘keindahan’ itu dengan berusaha mendapatkannya! Contohnya macam Jamil, graduan kejuruteraan ni yang meninggalkan Bangladesh untuk mencari kehidupan lebih sempurna di Malaysia!

Tak ada kerja kat sana (Bangladesh) jadi saya cuba nasib kat sini (Malaysia). Setakat ni belum bertuah tapi saya tak pernah berputus asa.

Setakat ni, Jamil berjaya mengendalikan kedai jus yang dia sangat banggakan walaupun sebenarnya beliau tiada langsung pengalaman dalam perniagaan.

Nampak tak sebenarnya banyak peluang pekerjaan kat Malaysia ni, kalau korang bekerja keras untuk mendapatkannya?

2. Malaysia negara harmoni, penduduk hidup bermasyarakat

Ramai pengkritik berbalah Malaysia memang penuh dengan kepelbagaian bangsa, budaya dan agama. Tapi, komuniti berbilang bangsa hanya tinggal bersebelahan namun tidak bercampur antara satu sama lain. Well, pengarah dan pelakon drama TV, Eleena Sui buktikan semua itu salah!

Saya ada ramai peminat dan kawan-kawan dari pelbagai latar belakang budaya. Kita dikelilingi oleh masyarakat berbilang kaum, sebab itu saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Memang kita ada perbezaan agama dan budaya tapi semuanya hidup bersatu-padu. Buktinya, sampai sekarang kita hidup harmoni.

3. Sayangi antara satu sama lain, bekerjasama untuk majukan Malaysia

Madam Lee yang dah menjahit selama 30 tahun, dah ‘lali’ bila melayan perangai rakyat Malaysia yang bermacam kerenah. Bila ditanya pendapatnya tentang Malaysia, dia kata “setakat ni hidup saya baik-baik saja.

Madam Lee selalu berborak dengan pelanggannya dan berpesan apa yang media kata tentang Malaysia atau apa anda baca di Facebook tak semuanya betul.

Kalau kita nak Malaysia maju, kita kena berusaha bersama-sama. Semua orang mesti berfikiran positif dan sayang antara satu sama lain. Itu yang kita perlukan sebenarnya.

4. Travel jauh mana sekalipun, mesti rindu tanah air sendiri. Kan?

Memang ramai rakyat Malaysia suka travel tiap tahun. Sama macam Jin. Tapi, tiap kali travel dia mesti teringat tanah air sendiri. Kadang-kadang nak pindah ke negara tu terus, tapi tak jadi sebab rindu rumah kat Malaysia. Ada kawan-kawan, keluarga, suasana dan paling tak boleh lupa, mestilah makanan!

Kata Jin, “Makanan menyatukan kita semula, lagi-lagi bila teringin Nasi Lemak masa travel ke negara mat salleh.” Pada tahun 2016, 12 juta rakyat Malaysia melancong ke luar negara; hampir separuh dari populasi penduduk Malaysia. Ia menandakan kita bakal menjadi ‘warganegara global’, dan ia adalah petanda baik!

5. Biar berbeza budaya, tapi saling memerlukan antara satu sama lain

Rakan sekerja, Ezura dan Anbreen berpendapat terdapat keunikan dalam perbezaan antara budaya lama dan baharu, zaman dahulu dan dunia moden yang mana membuatkan Malaysia sangat istimewa. Kata Ezura, “Saya membesar dengan pemandangan alam semula jadi Bukit Melawati dan KLCC, saya dah nampak kedua-duanya.

Kita ada semua jenis manusia, rempit, hispter dan kami selalu ketawakan mereka ni,” seloroh Anbreen. Perbezaan semua itu tidak memberi makna apa-apa, malah mereka selalu ada untuk satu sama lain bila memerlukan. Itulah yang membuatkan #MalaysiaOK.

6. Malaysia perlu lebih didikan ketika ‘online

Orang Malaysia ni boleh jadi pemalu, tapi bila nak cari salah orang kat alam maya atau memalukan selebriti macam kes penyanyi Dua Lipa baru-baru ini, tak tau malu pulak! Hafiz berkata, adalah lebih bagus jika kita menjaga kelakuan di alam maya dan biar orang lain jaga hal masing-masing dan stay positif…

Tapi, kadang-kadang ada faedahnya jugak bila kita expose dengan dunia maya… Kata Hafiz, “Sekarang online banyak info bebas. Tapi jangan condemn orang lain tanpa sebab. Jangan troll.” Kita perlu lebih dididik supaya mengawal diri di dunia maya kerana kita akan memerlukannya sampai bila-bila. Jadi jangan salah guna!

Banyak lagi kisah-kisah menarik tentang Malaysia yang korang belum tahu… Mana nak baca?

Semuanya ada dalam laman web KitaOK, dalam tu korang akan jumpa lebih baaanyak perkongsian menarik orang ramai tentang Malaysia yang mana #MalaysiaOK… Antaranya macam kat bawah ni…

Korang pun boleh share cerita menarik korang pasal Malaysia! Paling penting, jangan lupa hashtag #MalaysiaOK dan #KitaOK di akaun laman sosial korang.

Check out laman web KitaOK untuk lebih info ya! #KitaOK kan?

Dan jangan lupa, jom ramai-ramai mengundi di hari Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×