berita

Konon Jual Emas Chrome Putih Tak Laku? Jangan Tertipu! Ini Sebenarnya Taktik Penjual Nak Untung Lebih

June 9th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Memang tak dinafikan, kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita sangat suka membeli emas sebagai barang perhiasan diri malah ianya juga boleh dijadikan sebagai pelaburan pada masa akan datang. Meskipun begitu, masih ramai yang tidak berapa mahir dan arif dalam urusan jual beli emas.

Artikel Berkaitan: Makin Menjadi-Jadi Pula Trend Tayang Emas Di Media Sosial…

Terbaru, seorang wanita ada berkongsi tentang beberapa pengetahuan yang perlu diketahui oleh semua individu supaya tidak menjadi mangsa tipu segelintir penjual yang tidak bertanggungjawab.

Nilai emas chrome dan emas kuning sama

Sekadar gambar hiasan

Berdasarkan perkongsian video oleh Dhieyanaj93 di TikTok, dia memaklumkan bahawa ada sesetengah penjual emas sengaja memberitahu para pelanggannya bahawa emas ‘chrome’ (emas calit putih) nilainya adalah jauh lebih rendah daripada emas biasa atau emas kuning. Tetapi sebenarnya, nilai emas chrome dan emas biasa adalah sama sahaja melainkan kalau ada batu permata, barulah ianya diasingkan dan hanya emas sahaja yang ditimbang. Meskipun penjual tahu tetapi mereka sengaja berkata begitu hanya kerana mahu mengaut keuntungan lebih daripada pelanggan.

Menurut wanita ini, emas ‘chrome’ dan emas putih adalah berbeza tetapi bagi individu yang tidak tahu tentang ilmu emas, mereka akan ‘tertipu’ dan menganggap kedua-duanya adalah sama. Menurut wanita ini, emas chrome adalah saduran cat ke atas emas sementara emas putih adalah emas yang mengalami proses pelunturan atau bleaching. Dalam situasi ini, emas putih mempunyai nilai yang jauh lebih rendah daripada emas ‘chrome’ atau emas kuning.

Jangan tertipu

@dhieyanaj93Awas dengan strategi ini! ##TakMatiSimpanEmas ##DianaJohn93 ##DohNyam ##Kewangan ##Emas? original sound – Diana

Chrome bukan emas putih

@dhieyanaj93Chrome bukan emas putih tau.? ##TakMatiSimpanEmas ##DianaJohn93 ##DohNyam ##Kewangan ##Emas? original sound – Diana

Emas chrome vs emas putih

@dhieyanaj93Chrome bukan emas putih tau.? ##TakMatiSimpanEmas ##DianaJohn93 ##DohNyam ##Kewangan ##Emas? original sound – Diana

Sumber: Dhieyanaj93

SKIP THIS AD ×