berita

Konon Nak Buat ‘Surprise’, Sekali Mak BF Kena Bayar Sebab Salah Pilih COD…Malu Gila!

July 19th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: Forbes

Niat nak buat kejutan dekat teman lelaki, sekali tak menjadi lepas membuat pesanan makanan secara Cash On Delivery (COD). Tak pasal-pasal teman lelaki yang kena bayarkan!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Minat Anak Jiran Sebelah, Mak ‘Sporting’ Suruh Hantar Laksa Dekat Bakal Mentua

Kisah tersebut diceritakan menerusi satu thread di laman Twitter yang berjaya memperoleh hampir 5k tanda retweet dan meraih pelbagai respon daripada warganet.

Ibu teman lelaki kena bayar

Foto: Fika

Kisahnya bermula apabila teman lelakinya menghantar mesej dan menjelaskan ibunya sudah membayar sebanyak RM27 bagi minuman yang telah ditempah oleh gadis ini. Pada mulanya, gadis ini ‘kebingungan’ dan bertanyakan mengapa ibu teman lelakinya berbuat demikian sedangkan dia sudah pun membuat bayaran.

Stupid me, belikan boyfriend makanan tru foodpanda tapi terbuat cash. Mak nya bayar tadi. Last-last stres sorang emosi sorang hahahahah gelabah nak transfer duit dekat mamanya tetibe **** buat hal nya kene transfer guna website. Kabut la aku ni.

Rupanya dia membuat kaedah pembayaran yang salah ketika membeli minuman tersebut. Dalam erti kata lain, tak bayar lagi!

Transfer semula

Foto: Fika

Susulan daripada itu, gadis ini sudah pun mengganti semula duit ibu teman lelakinya dan meminta maaf dengan apa yang telah terjadi. Pada masa yang sama, dia juga meminta teman lelakinya untuk menjelaskan perkara yang sebenar kepada ibunya berhubung masalah teknikal yang terjadi.

Cakap kat mama u tersalah tekan cash tadi. Lepas tu tak boleh cancel order.

Respon ibu teman lelaki

Foto: Fika

Pada masa yang sama, gadis ini juga sempat menghantar mesej kepada ibu teman lelakinya dan menjelaskan perkara sebenar yang terjadi. Tidak berakhir di situ, gadis ini juga sempat memohon maaf berikutan bakal ibu mentuanya ‘terpaksa’ bayar terlebih dahulu bagi minuman yang ditempahnya.

Ok guys baru free, baru WhatsApp mama boyfriend cakap sorry. Hahahaha nasib baik okay aje.

Ramai pernah jadi

Sumber: Fika

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×