Pada hari ini, pelbagai taktik dan jenayah cuba dilakukan individu tidak bertanggungjawab semata-mata untuk kesenangan diri. Mereka ini sering mengambil jalan mudah dengan memperdayakan mana-mana individu tanpa mengira usia asalkan ‘misi’ mereka tercapai.
Baru-baru ini, viral di Twitter apabila seorang warga emas ini telah menjadi mangsa dan diperdaya individu dengan taktik yang sungguh ‘halus’ dan tidak dijangka.
Sampai hati tipu mak
Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna Twitter Mayangmahsuri ini, dia menceritakan semula kejadian yang telah menimpa ibunya baru-baru ini.
Menurutnya, individu tersebut didakwa telah mengambil seutas rantai emas yang dipakai ibunya dengan taktik yang sangat disangka-sangka.
Buat baik
Menceritakan kejadian itu, dia berkata pada awalnya individu tersebut konon mahu menempah nasi lemak yang dijual oleh ibunya.
Individu tersebut dikatakan berbual dengan begitu mesra bersama ibu bapanya, malah turut sempat bertanya kepada ibunya di manakah tempat wanita itu membeli rantai emas yang sedang dipakai.
Konon nak bagi duit tempahan
Individu itu kemudiannya dikatakan meminta untuk berjumpa dengan wanita malang tersebut dalam sebuah pusat membeli-belah. Perjumpaan itu kononnya mahu memberi duit nasi lemak yang ditempah oleh individu tersebut.
Namun kata pengguna twitter ini, tanpa disangka-sangka, individu itu seakan sudah memakau ibunya supaya membuka rantai tangan emas yang dipakai.
Tak sedap hati
Selepas memberikan rantai tangan emas tersebut, ibunya dikatakan telah menunggu individu itu selama 10 minit sebelum berasa tidak hati dan bertindak menelefonnya.
Bagaimanapun malangnya, panggilan telefon itu tidak dijawab dan individu itu telah meloloskan diri bersama rantai tangan tersebut.
Dah buat laporan
Sumber: Twitter Mayangmahsuri