berita

Konon Nak Tunjuk ‘Gangster’, Lelaki Tak Sengaja Tembak Rakan Dalam Video TikTok

January 15th, 2021 | by Aizzat
Kini Trending

Aplikasi TikTok tidak lagi asing dalam kalangan remaja di serata dunia. Baru-baru ini, dua orang rakan berniat untuk merakam video TikTok sambil memegang sepucuk pistol, lalu ia bertukar kepada tragedi apabila salah seorang daripada mereka cedera parah, selepas kena tembakan secara tidak sengaja.

Suspek menghilangkan diri

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan yang dipetik dari Daily Pakistan, pihak Polis Ibrahim Hyderi berkata, niat kedua-dua lelaki tersebut hanya untuk merakam video di TikTok. Tambahnya, salah seorang daripada mereka memegang pistol yang mengandungi peluru dan secara tidak sengaja tertarik picu senjata api itu semasa rakaman.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di Umar Colony, Ibrahim Hyderi. Susulan kejadian, lelaki itu dibawa ke Jinnah Hospital untuk merawat kecederaannya. Namun, pasukan perubatan memaklumkan mangsa dalam keadaan kritikal dan masih dalam pemantauan lanjut.

Menurut pihak polis, rakan mangsa itu terkejut lalu terus menghilangkan diri bersama pistol yang digunakan sewaktu merakam video TikTok itu. Sehubungan dengan itu, pihak polis masih giat mencari suspek untuk membantu siasatan.

Sumber: Daily Pakistan.

SKIP THIS AD ×