berita

Konsert 20Forteen Bikin Lebih 1Ribu Peminat Histeria

April 30th, 2014 | by Ai
Kini Trending

4teen1

Terkesima penulis ketika menonton konsert Kita 20Forteen yang berlangsung di Kl Live sabtu lalu. Mana taknya, sedang rancak konsert berlangsung, tiba-tiba salah seorang anggota kumpulan ini iaitu Izzue Islam menangis teresak-esak.

Malah, Izzue kelihatan seperti terganggu dan terpaksa ditenangkan oleh anggota kumpulannya yang lain. Cemas juga penulis apabila melihat Izzue menitiskan air mata.

Persoalannya, mengapa Izzue menangis? Rupa-rupanya, jejaka tersebut tidak dapat menahan kesedihan apabila menonton rakaman video untuk lagu Dikau Saja yang menampilkan saat-saat mereka melawat ke Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat, Taman Megah.

pokjue

Sebenarnya, saya sedih melihat klip video tersebut. Sewaktu latihan sebelum persembahan, Ameer telah menitiskan air mata. Tak sangka pula masa waktu sebenar persembahan, saya pula yang sebak melihat klip video itu.

Kami tak pernah menonton klip video tersebut sebelum ini hinggalah sebelum latihan persembahan hari ini, sebak sangat kerana walaupun mereka kelihatan gembira, tapi kami dapat merasa beban yang mereka pikul itu amat berat sekali.

Bagaimanapun, konsert tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan ia sekaligus membuktikan bahawa barisan empat anak muda iaitu Ameer, One, Ariz dan Izzue ini bukan sekadar mempunyai wajah yang tampan, tetapi vokal yang mantap.

Forteen (17)

Aksi bersahaja Forteen mencuit hati penonton

Ternganga penulis saat melihat persembahan pembukaan yang begitu memukau dengan lagu Tidak Pernah Berjumpa diikuti dengan lagu Skyfall (Adele).

Malah, aksi spontan dan menggoda Forteen menggamit penonton yang hadir sehingga mereka seolah-olah ‘histeria’ menjerit dan tidak henti-henti memanggil nama-nama ahli kumpulan itu sepanjang konsert berlangsung.

Menurut Forteen, konsert ’20Forteen’ ini merupakan salah satu cara untuk menunjukkan penghargaan tidak terhingga kepada peminat dan penyokong Forteen.

Alhamdulillah, syukur sangat kerana perjalanan konsert kami berlangsung dengan sempurna dan kami gembira dapat bertemu dengan peminat-peminat yang tak jemu menyokong kami selama ini. Konsert ini sebenarnya sebagai penghargaan buat mereka yang mengikuti perjalanan karier kami.

Antara lagu yang didendangkan termasuklah Berdua Bersatu, Ketika Ini, Treasure, Seperti Dulu, Dikau Saja, Untuk Sahabat, Pencuri, Nakal, Laksamana Raja Di Laut, Bila Rindu, Jangan Lafazkan, hati Terluka dan Kita.

Apapun, tahniah diucapkan kepada Forteen atas kejayaan konsert tersebut. Manalah tahu selepas ini Forteen akan membuat konsrt di Istana Budaya pula kan? Sama-sama kita doakan.

SKIP THIS AD ×