Meskipun baru pertama kali mengadakan Konsert Malam Bulan Bintang namun ternyata telah memukau penonton yang hadir pada malam Sabtu.
Artikel Berkaitan: Konsert Malam Bulan Bintang Bawa Siti Nurhaliza, M Nasir, Opick & Sabyan, Tak ‘Goyang’ Bertembung Dengan Blackpink World Tour
Artikel Berkaitan: Belanja 2 Juta & 350 Dron, Bulan Bintang Takes The Sky Catat Malaysia Book of Records
Konsert lima jam
Di laman media sosial, rata-rata warganet tidak putus membuat ciapan (tweet) memuji dan berkongsi sedutan persembahan sekitar konsert anjuran jenama fesyen Bulan Bintang yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Pada malam tersebut, barisan penyanyi tempatan dan antarabangsa menghiburkan penonton yang hadir. Antaranya adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Faizal Tahir, Opick, Sabyan, Alif Satar & The Locos, Raihan dan Salammusik.
Selain pentas 360 darjah dan hiburan, penonton juga dialunkan dengan alunan selawat yang mendamaikan serta tazkirah ringkas yang disampaikan oleh pengacara Amin Idris dalam konsert terbabit.
Kat konsert pun ada selawat ramai-ramai. Salute.
Malam Bulan Bintang tiptop. Sound, lighting semua on! Rasa berbaloi mai (datang) Konsert Bulan Bintang.
Kau letakkan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Dato’ M Nasir on one stage, nothing could go wrong!
Harga rahmah, pengalaman mewah
Menerusi laman Twitter, Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, berpuas hati kerana dapat menampilkan persembahan, penataan bunyi bersama pentas 360 darjah.
Ada org kata Konsert Malam Bulan Bintang semalam ‘harga rahmah, experience mewah.
Betul kot. Ni memang cerita buat konsert untuk kepuasan sendiri, bukan buat duit punya event. Harap semua yang datang happy!
Puas hati dapat buat stage and sound ikut spec sendiri!! 360 degrees stage.
Kata Azzim lagi, dia mewakili generasi muda dengan membuktikan betapa komited untuk melakukan yang terbaik dari segenap aspek.
Aku paling risau bila ramai yang jumpa aku semalam cakap @malambulanbintang ni best sangat, sampai suruh buat lagi untuk tahun-tahun hadapan. Hahaha. Risau diorg ni lupa je @bulanbintanghq ni company jual baju Melayu. Hahaha.
Malam Bulan Bintang ialah event kedua (selepas @bbtakesthesky) yang memberi signal Bulan Bintang merupakan sebuah syarikat anak muda yang sentiasa mencari benda baru yang fresh, yang tak pernah orang buat, yang tahu keinginan anak muda yang lain.
Jika dipandang secara menyeluruh, dua event ni merupakan satu simbol yg membawa maksud kami komited untuk put everything that we have just to be the best dalam setiap benda yang kami buat, bukan terhad kepada hanya event tetapi juga kualiti barangan, sales service dan user experience.
Sebelum ini, Azzim tidak gentar merealisasikan Konsert Malam Bulan Bintang meskipun berlaku pertembungan tarikh dan lokasi konsert dengan kumpulan K-pop terkenal dunia, Blackpink World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kami menerima banyak reaksi daripada peminat Bulan Bintang, penyanyi yang membuat persembahan dan peminat Blackpink ketika kami mengumumkan tarikh dan lokasi konsert yang jatuh pada hari serta tempat yang sama.
Mereka sudah melakukan perbincangan awal dengan beberapa pihak untuk memastikan perjalanan konsert mega yang menampilkan lapan artis terkenal tanah air termasuk antarabangsa itu berjalan lancar dan terkawal.