berita

“Konsert G4: Petikan Legasi” Gabungkan Gitaris Terbaik Tanah Air

July 6th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Di zaman kegemilangan muzik rock tanahair, sesebuah kumpulan bukan hanya hebat kerana vokalis sahaja tetapi juga kerana ahli kumpulan yang lain. Mereka adalah ahli kumpulan yang diminati atas merit mereka sendiri sebagai pemain muzik yang sangat mahir dan corak permainan yang tersendiri. Tidak hairanlah jika era 80an dan awal 90an, gitaris juga mempunyai peminatnya sendiri yang sangat tinggi impaknya.

Atas kenangan unik inilah, pihak RK Polaris menganjurkan konsert istimewa yang akan menggabungkan 4 gitaris tersohor Malaysia yang diberi nama Konsert G4 : Petikan Legasi. Konsert yang akan berlangsung pada 30hb September 2012 bermula jam 8 malam ini akan diadakan di KL LIVE@ LIFE CENTRE. Ianya akan menampilkan : Man Keedal, Hillary Ang, Joe Wings dan Kid Search di atas satu pentas.

Pemilihan gitaris-gitaris ini dibuat atas konsistensi pengaruh mereka dalam dunia gitar Malaysia. Konsert G4 ini turut diserikan dengan penampilan artis-artis undangan istimewa.

“Gitaris-gitaris hebat ini telah berada didalam dunia muzik lebih dari 20 tahun. Untuk mencapai bukan sahaja kemahiran dan teknik permainan mereka dan kekal dalam industri muzik sehingga kini bukanlah sesuatu yang boleh dicapai secara sambil lewa tanpa azam, minat dan kesedaran untuk terus majukan diri. Perjalanan karier mereka sahaja sudah cukup untuk menjadikan mereka sebagai ‘role model’ dalam memajukan diri kearah yang lebih baik.”

Tiket-tiket berharga RM100 & RM120 boleh diperolehi sekarang dengan menghubungi :-

016 6838444 (Aszuad) Media
019 9412345 (Dino)
019 6249443 (Faiz)

Anda boleh layari Facebook & Twitter – konsertG4 untuk keterangan lanjut.

SKIP THIS AD ×