berita

Konsert Ini Bukan Untuk Meraikan ‘Hari Valentine’ – Anuar Zain

December 11th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sempena meraikan ulang tahun ke 30 Anuar Zain dalam industri muzik Malalaysia, buat julung kalinyanya penyanyi ini bakal mengadakan konsert mega pertamanya, yang akan diadakan pada 16 Februaru 2013 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil.

Berkongsi mengenai persedian menjelang konsert meganya pada tahun hadapan, Anuar Zain ketika ini difahamkan sedang membuat persediaan dari segi mental dan fizikal, serta membuat beberapa perubahan untuk lagu yang bakal disampaikan pada malam konsert tersebut.

“Sekarang ini saya sedang membuat persediaan dari segi mental dan menjalankan sedikit ‘exercise’ untuk badan saya.”

“Untuk proses pemilihan lagu, saya sedang mengubah beberapa ‘arrangement’ lagu dan ‘team’ saya pun tengah sibuk dengan kerja-kerja belakang tabir, dari segi berbincang mengenai susun atur pentas serta mencari beberapa penaja untuk konsert tersebut.”

Memandangkan konsert mega ini bakal diadakan pada bulan Februari, jadi timbul juga persoalan daripada pihak media, adakah konsertnya diadakan sempena menyambut ‘Hari Kekasih’ yang jatuh pada 14 Februari setiap tahun?

“Konsert ini bukan untuk meraikan ‘Hari Valentine’ tetapi saya memilih bulan Februari kerana hari lahir saya jatuh pada bulan tersebut,” ujar Anuar Zain kepada pihak media, di mana tarikh lahirnya jatuh pada 15 Februari setiap tahun.

Mengulas lebih lanjut mengenai konsert mega pertama Anuar Zain, penyanyi ini mensasarkan seramai 8,000 peminat akan meyaksikan konsertnya dan dia juga bakal menjanjikan satu persembahan yang cukup hebat. Dalam pada itu, Anuar turut berjanji akan melacarkan video klip terbaru dan peminat pada malam tersebut akan jadi orang pertama yang menonton video klipnya.

“Untuk konsert ini, saya akan gunakan lampu LED sepenuhnya disepanjang konsert. Konsert pada malam tersebut juga saya lebih gemar pentas yang ‘simple,’ dan kalau boleh biar penonton boleh nampak ‘musician’ saya. Saya tak nak ‘musician’ duduk tersorok dan kalau boleh biar ada sedikit ‘run away’ supaya senang untuk saya berjalan dan berada lebih dekat dengan peminat.”

“Apa yang paling penting saya mahu eratkan silaturahim antara peminat-peminat saya supaya mereka boleh beramah mesra antara satu sama lain dan dalam masa yang sama mereka gembira dan ‘enjoy’ dengan persembahan saya pada malam itu.”

“Pada malam tersbut, saya akan cuba sampaikan persembahan yang paling bagus dan akan ubah lagu-lagu saya supaya lebih berjiwa agar bersesuian dengan tema konsert. Kalau boleh biarlah lagu yang saya nyanyikan tu boleh sampai dalam jiwa semua penonton,” ulas Anuar Zain sambil tersenyum.

Untuk makluman, tiket konsert ‘Tiga Dekad Muzik, Cinta & Sanubari’ ini boleh didapatkan dalam harga :

  • VIP (belum ditentukan lagi)
  • RM 698 (Platinum)
  • RM 598 (Gold)
  • RM 398 (Silver)
  • RM 298 (Bronze)
  • RM 138 (Palladium A)
  • RM 88 (Palladium B)
Kesemua tiket-tiket tersebut boleh dibeli mulai 12 Disember 2012 menerusi www.ticketcharge.com.my, akan tetapi untuk tiket VIP anda boleh hubungi pihak Anuar Zain Network sendiri. Sebarng maklumat lanjut anda boleh layari Facebook www.facebook.com/3Dekad1Destinasi

SKIP THIS AD ×