Pengarah terkenal, Michael Ang berkata dia tidak berkeinginan untuk menonton konsert kumpulan terkenal Coldplay walaupun ahli keluarganya sendiri mahu memberi tiket VIP.
Artikel Berkaitan: ‘Nak Buat Duit Lebih Bukan Macam Ini Caranya’ – Sheila Majid Bengang ‘Ulat Tiket’ Kaut Untung Konsert Coldplay
Artikel Berkaitan: ‘Lepas Ini Pilih Watak Penyondol Kena Bertudung & Acah Suci’ – Michael Ang
Tolak tiket VIP
Menerusi hantarannya di Instagram (IG), Michael menyatakan bahawa dia tidak mahu menonton konsert berkenaan kerana dia tidak meminati kumpulan tersebut dan hanya sekadar tahu beberapa lagu sahaja.
Ahli keluarga saya telefon saya jika saya nak tengok konsert Coldplay, dia ada empat tiket VIP.
Saya cakap tidak mahu! Dan dia tanya kenapa? Saya menjawab saya tidak akan berdiri dan menunggu selama dua jam hanya untuk tiga buah lagu yang saya tahu dan saya suka.
Bagaimanapun, jika penyanyi Adele datang membuat persembahan dia sanggup mendapatkan tiket walau apa cara sekali pun.
Kalau Adele punya konsert, saya sanggup melutut dan merayu untuk tiket dia.
Dalam pada itu, berikutan timbul pelbagai isu berkenaan konsert Coldplay, pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu turut menyatakan bahawa orang ramai yang menonton konsert hanyalah kerana minat pada lagu-lagu yang dihasilkan.
Sebab kenapa orang mahu pergi ke konsert adalah kerana lagu-lagunya itu sahaja.
Konsert je, dengar lagu je bukan nak berkahwin dan sembah penyanyi itu. Tak mau gaduh-gaduh okay..
Sumber: Instagram