berita

Konsert Ke-2 Akademi Fantasia Masih Mengecewakan?

September 15th, 2014 | by Ai
Kini Trending

10625023_748774325195027_7388623167327338319_n

Yeay!! Dah mula cuti sekolah la.Macam mana weekend korang minggu lepas? Haa, mesti korang tengok Akademi Fantasia 2014 malam tadi kan. Mira tengok kat Twitter pun kemain ramai lagi yang jadi juri awam tau! Hehe.

Kalau korang masih lagi tertanya-tanya kenapa lagu yang dipersembahkan semua lagu lama-lama, sebenarnya #AF2014 membawakan tema ‘Lagu Hits 90-an’.

Tapi, tapi, tapi, korang rasa macam mana persembahan pelajar-pelajar ni malam tadi sehingga pelajar bernama Wawa terkeluar? Ramai yang kata tak mencapai piawaian. Eh, kenapa pula?

10626670_748777835194676_9013446659159626034_n

Mira dengar, malam tadi show AF2014 hambar sedikit. Ada yang kata suara pelajar tak sampailah, tiru penyanyi asal, ada yang pancitlah, eh, macam-macamlah.

Mira pun tengok juga AF2014 malam tadi. Hmm, komen mereka tu ada benarnya juga. Mana taknya, kebanyakkan pelajar macam masih tercari-cari identiti sendiri.

Malah, ada yang menyanyi macam sekadar melunaskan tanggungjawab yang diberikan. Adoii, kenapa ya jadi macam ni? Setahu Mira, pelajar ini dipilih oleh individu-individu yang professional dalam industri.

Dalam banyak-banyak komen, Mira tertarik dengan komen bekas juara AF ke-2, Zahid Baharuddin dan anggota kumpulan V.E iaitu Damian.

Kritikan yang diberikan memang bernas. Malah, tak ada nak berselindung tau. Mana best diorang puji, mana tak best tu..faham-faham sajalah.

Screen Shot 2014-09-14 at 9.44.38 PM Screen Shot 2014-09-14 at 9.45.29 PM Screen Shot 2014-09-14 at 10.12.54 PMScreen Shot 2014-09-14 at 9.40.01 PM Screen Shot 2014-09-14 at 11.08.03 PM

Tapi, ada juga pelajar-pelajar yang menampilkan persembahan terbaik. Contohnya, Adel, Firman, Nuha dan Ewal. Hmm, nama-nama ni kena ambil perhatian sikit. Kerana bagi Mira, mereka ni boleh di’polish’ lagi.

Apa yang pasti, pakaian pelajar-pelajar AF untuk konsert ke-2 minggu lepas semua cantik-cantik. Kelass sangat tau!!

Bagaimanapun, ini cuma omelan kosong Mira je. Korang yang mengundi, kuasa ditangan korang tau! Tapi, satu je pesan Mira, undi biarlah yang betul-betul berbakat ya. Bukan rupa semata-mata.

Apapun, jom kita tengok sikit foto-foto sekitar konsert malam tadi. Ayuh!

Kredit Foto : Facebook Akademi Fantasia

SKIP THIS AD ×