berita

Konsert Muse: Will Of The People World Tour Pilih Lokasi Baru Di Stadium Nasional Bukit Jalil

June 2nd, 2023 | by Wani
Kini Trending

Muse: Will Of The People World Tour 2023 merupakan satu-satunya persembahan di Asia sebagai sebahagian daripada jelajah global Muse yang dibawakan oleh Hello Universe.

Lokasi yang lebih besar!

Kehadiran kumpulan rock British yang terkenal, Muse bersedia untuk menawan hati para peminat dengan persembahan yang luar biasa, muzik bertenaga tinggi dan visual yang menakjubkan. Dengan lagu-lagu rock popular mereka seperti ‘Supermassive Black Hole’, ‘Starlight’, ‘Time Is Running Out’ dan banyak lagi bakal menjadi satu pengalaman yang tidak akan dilupakan bagi peminat yang hadir.

Konsert yang dinanti ramai ini bakal menghadapi pertukaran lokasi dengan kemudahan terkini dan kapasiti yang mengagumkan untuk peminat menikmati pengalaman yang tiada tandingannya.

Difahamkan, bagi pembeli tiket yang sedia ada ianya bakal diberi maklumat tempat baharu yang akan dihantar menerusi e-mel ke akaun berdaftar mereka. Pembeli bakal menggunakan tiket yang baharu untuk kemasukan ke lokasi yang ditukar. Walau bagaimanapun, Zon A, Zon B dan Zon C akan kekal sama.

Susunan tempat duduk untuk zon lain akan diselaraskan untuk menempatkan tempat yang baru. Tempat duduk yang setanding akan ditetapkan untuk lokasi baru.

Konsert Muse: Will Of The People World Tour 2023 ini bakal berlangsung pada 29 Julai tahun ini di lokasi baru iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi memberi pengalaman yang lebih menakjubkan buat para peminat yang hadir.

Tiket boleh dibeli mulai hari ini, 2 Jun 2023, jam 11:00 pagi di laman web www.ticket2u.com.my. Peminat digalakkan untuk membeli tiket lebih awal untuk menjamin tempat duduk yang luar biasa.

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh terus layari www.hellouniverse.asia atau hubungi pihak penganjur di [email protected].

SKIP THIS AD ×