berita

Konsert Ning Baizura Ditunda Ke Bulan November!

September 17th, 2013 | by Ai
Kini Trending

ning-baizura

Konsert penyanyi terkenal, Ning Baizura yang dijadualkan bakal berlangsung pada 21 September ini terpaksa di tunda kepada 16 November 2013 kerana difahamkan dua buah lagu baru yang bakal diperkenalkan oleh penyanyi tersebut masih lagi dalam proses rakaman dan gubahan.

Menurut Ning, dua buah lagu baru itu bakal dipersembahkan pada malam Konsert Pelangi Untukmu dan demi mencapai kepuasan para tetamu yang hadir, lagu berkenaan akan diselitkan sebagai lagu istimewa Ning buat para peminat setianya.

Konsert ini memang diadakan sebagai tanda terima kasih kepada peminat saya. Saya sedang sibuk menyiapkan dua buah lagu baharu supaya dapat diperdengarkan buat pertama kali kepada mereka. Lagu-lagu ini amat dekat dengan saya, justeru saya meletakkan keutamaan yang tinggi. Saya harap ianya akan menjadi sesuatu yang amat bermakna kepada peminat yang hadir menonton konsert itu secara langsung pada tarikh yang baru di tetapkan.

ning1

Dalam pada itu, pihak pengurusan Ning turut memohon maaf atas permasalahan yang timbul dan bagi peminat yang telah membeli tiket, ianya masih boleh digunakan atau dipulangkan kembali di kaunter pembelian.

Tiket berharga RM75 dan RM50 masih boleh didapati melalui tiket charge hotline di talian 03-9222 8811 atau layari website rasmi tiket charge di www.ticketcharge.com.my

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi pihak pengurusan Ning Baizura, Aylwin Santiago di talian 012-2969353 atau email ke [email protected].

SKIP THIS AD ×