
Konsert Senandung Ria Di Kuala Lumpur bakal menemui peminat muzik retro dan jazz-pop pada 10 Mei 2026 (Ahad) di Zepp Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: 55,000 Penonton Hadir Konsert ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’ Ella, RM100,000 Berjaya Dikumpul Untuk Kebajikan
Gabungan luar biasa
Konsert anjuran ZS Entertainment bersama LampuNeon Entertainment menampilkan dua kumpulan popular dari Indonesia dengan identiti muzik tersendiri iaitu White Shoes & The Couples Company dan NonaRia.
Menurut pihak penganjur, konsert ini mengangkat tema istimewa yang mengajak penonton mengembara ke suasana klasik penuh emosi, warna dan keanggunan estetika.
Tema utama konsert ini adalah nostalgia, keceriaan dan romantika bandar, yang mengangkat keindahan muzik retro, jazz-pop ringan dan elemen sinematik.
Kami mahu penonton merasai pengalaman yang membawa mereka kembali ke suasana klasik yang penuh emosi dan warna.
Selain itu, penonton juga boleh merasai keindahan setiap melodi dan lirik, dan sejenak melupakan kesibukan harian dan hanyut dalam perjalanan emosi bersama muzik.
Menurut penganjur, gabungan kumpulan White Shoes & The Couples Company dan NonaRia dipilih untuk konsert ini kerana keserasian identiti muzik yang jarang dipertemukan.
White Shoes & The Couples Company terkenal dengan susunan muzik sinematik dan sofistikated, manakala NonaRia pula memikat dengan gaya ceria, feminin serta bersahaja mereka.
Kedua-dua kumpulan ini berkongsi DNA muzik yang seiring, berakar pada bunyi retro, pop klasik dan naratif romantik.
Gabungan ini jarang dipersembahkan dan menjadikan konsert ini sesuatu yang unik dan eksklusif.
Apa yang menjadikan mereka istimewa adalah keupayaan mencipta suasana persembahan yang intim dan juga dekat dengan penonton, walaupun berada di pentas yang berskala besar.
Keterujaan ke Kuala Lumpur
Dalam masa sama, White Shoes & The Couples Company meluahkan rasa teruja apabila berpeluang untuk sekali lagi melakukan persembahan mereka di negara ini.
Kami sangat teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur dan berharap penonton dapat menikmati setiap detik ‘Senandung Ria Di Kuala Lumpur’ bersama kami.
Sementara itu, NonaRia pula tidak sabar untuk mencipta kenangan bersama peminat-peminat mereka di Malaysia.
Kami tidak sabar untuk berkongsi pentas dan mencipta malam penuh keceriaan bersama penonton Malaysia.
Untuk info, Konsert Senandung Ria Di Kuala Lumpur menawarkan beberapa kategori tiket iaitu: Standing (RM200), Category 2 (RM290), Category 3 (RM250), VIP Box (1 Pax- RM450).
Maklumat lanjut mengenai saluran penjualan akan diumumkan dalam masa terdekat.