berita

Konsert Shah Rukh Khan Ditunda Kerana Barack Obama

October 2nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Shahrukh Khan Wallpapers HD (19)

Peminat-peminat Datuk Shah Rukh Khan yang telah membeli tiket dan tidak sabar untuk ke konsert lagenda Hindustan itu nampaknya terpaksa menahan keterujaan mereka buat sementara waktu.

Hal ini kerana konsert Temptation Reloaded Datuk Shah Rukh Khan & Friends Live in Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 11 Oktober 2013 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

OHBULAN! difahamkan penangguhan ini adalah disebabkan kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia sempena jelajah negara-negara Asia.

Shahrukh_Khan_2008

Tarikh lawatan Obama yang dikatakan terlalu dekat dengan tarikh konsert SRK dikhuatiri akan menimbulkan beberapa isu logistik seperti kawalan keselamatan yang terhad dan sebagainya.

Bagaimanapun, pihak pengurusan telah menjadualkan semula tarikh konsert berkemungkinan pada awal tahun 2014.

Bagi yang ingin mendapatkan semula wang mereka, boleh mengisi borang yang disediakan di kaunter Rock Corner atau layari laman web bermula dari 12 Oktober 2013.

Namun pihak pengurusan menjanjikan pakej eksklusif khas untuk mereka yang setia menanti dan tetap mahu menghadiri konsert SRK yang bakal diadakan nanti.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pengembalian wang tiket, anda boleh emel kepada [email protected] atau hubungi talian hotline +60123114601 yang beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

SKIP THIS AD ×