berita

Konsert Zikir Terapi Hafiz Hamidun Di Johor Februari Ini

February 13th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Hafiz Hamidun

Pada 23 Februari ini pihak Arteffects International bakal membawakan konsert zikir terapi Hafiz Hamidun bertempat di Stadium Tertutup Johor Bahru, Johor.

Konsert ini dijangka akan berlangsung selama 2 jam dan ia turut bakal diserikan dengan penampilan istimewa Imam Muda Asyraf (Juara Imam Muda Astro Oasis) dan Zainal Ariffin Ismail (Jejak Rasul TV3) sebagai selebriti jemputan.

Untuk memantapkan lagi pengisian konsert spiritual ini, iringin muzik yang berkualiti dan secara ‘live’ akan dipersembahkan oleh pemuzik-pemuzik professional seperti Ujang Exist (Dram), Eddi Slam (Gitar), Kelly (Bass) dan Lok U selaku pengarah muzik konsert tersebut.

Bagi individu yang berminat untuk menyaksikan konsert ini, tiket akan dijual dengan harga RM38, RM78, RM118, dan RM158 (Tempat Duduk VIP).

Tiket boleh dibeli menerusi talian 03-7727 1297, sms atau whatssap ke nombor 012-225 1297, atau layari website www.arteffectsinternational.com

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman Twitter atau Facebook Hafiz Hamidun sendiri.

SKIP THIS AD ×