berita

Kontroversi Berlarutan, Kontrak Hanez Suraya Sebagai Duta Aura White Ditarik Balik

March 17th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Hanez Suraya

Sekitar awal Mac lalu, aktres yang kini teruk dikecam gara-gara isu bercinta dengan suami orang pernah mengeluarkan kenyataan supaya tidak mengaitkan kontroversinya dengan Aura White.

Kenyataan itu dikeluarkan Hanez Suraya selepas terdapat desas-desus yang bertebaran mengenai aktiviti menghasut dan memboikot produk kecantikan dan kesihatan tersebut oleh pihak tertentu.

Bagaimanapun semalam menerusi sebuah akhbar tempatan, Hanez dikatakan sudah tidak lagi menjadi duta kepada produk itu apabila kontraknya ditarik balik.

2014-03-16 16.31.31

“Pengurusan sebuah jenama kosmetik rasa tidak senang duduk dengan imej yang menimpa diri duta produk mereka itu. Lalu, khabarnya kontrak Hanez sebagai duta produk pemutihan kulit jenama Aura White sudah ditarik balik, gara-gara kontroversi melandanya.” – Kak Pora, Berita Harian

Disebabkan kontroversi itu juga ramai peminat mula memandang serong terhadap pelakon ini. Malah, Hanez sendiri mengaku peminatnya kini sudah berkurang hingga tinggal dua peratus sahaja.

Tetapi apa yang pasti, Hanez kelihatan tabah dan tidak peduli dengan pelbagai cemuhan yang dilemparkan terhadapnya. Kita lihat saja bagaimana Hanez menyusun langkah terbaik untuk menyelesaikan kemelutnya dengan sang kekasih dan isteri lelaki itu.

SKIP THIS AD ×