Sebuah insiden tragis berlaku di Nakhon Chai Si, Thailand, apabila seorang koperal polis telah menembak bapanya yang sedang tidur sebelum menjadikan ibu dan isterinya sebagai tebusan.
Artikel Berkaitan: Sering Diserang Secara Fizikal, Ibu Upah Pembunuh Tembak Anak Sampai Mati
Artikel Berkaitan: Lelaki Kutip Hutang Maut Kena Tembak Di Leher
Tembak bapa sehingga mati
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Thaiger News, polis telah menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki yang dikenali sebagai Koperal Wanchalerm, 31, yang telah menembak mati bapanya dan menahan ahli keluarga di dalam rumah mereka.
Setiba saja di tempat kejadian, polis mendapati keadaan semakin tegang dan terpaksa memanggil penguatkuasa undang-undang tempatan serta pasukan rundingan untuk campur tangan.
Selepas lebih setengah jam, pihak polis berjaya mengeluarkan isteri dan ibunya dengan selamat manakala mayat mangsa yang berusia 71 tahun, ditemui di dalam bilik tidurnya dengan kesan tembakan di kepala.
Menurut isteri suspek, dia terdengar bunyi tembakan dan kemudian melihat Wanchalerm memegang pistol sambil berjalan ke bilik tidur.
Siasatan awal mendedahkan bahawa Wanchalerm telah mengalami halusinasi dan telah dirawat untuk kemurungan selama lebih dua tahun. Keadaannya bertambah teruk apabila dia minum minuman keras sebelum kejadian berlaku.
Senjata yang digunakan dipercayai telah dibuang di dalam hutan berhampiran, menyebabkan pihak polis terpaksa melakukan pencarian.
Namun, selepas beberapa jam, polis telah menemui sepucuk pistol Glock 9mm di dalam hutan, dipercayai senjata yang digunakan suspek.
Sumber: Thaiger News