berita

Korang Fobia Dengan Buaya? Filem CRAWL Ni Gerenti Bakal Tambah Ketakutan Korang!  

June 27th, 2019 | by Epul
Filem Antarabangsa

Korang peminat cerita aquatic horror? Pernah imagine kaki korang kena tarik atau digigit bila tengah seronok mandi? Atau pun korang sendiri memang fobia nak masuk air sebab takut ada haiwan reptilia bergigi tajam yang bila-bila masa je akan serang korang?

Nak tambah lagi ketakutan korang tu? Kami berani jamin filem terbaru CRAWL keluaran Paramount Pictures ni, gerenti akan buat korang tak senang duduk sepanjang tayangan. Tengok trailer dia pon dah suspense weyh!

1. Apa korang akan buat kalau buaya besar ada kat bawah rumah korang?

Buaya, tak kira la besar atau kecil pastinya menakutkan siapa je. Tipu la kalau korang tak takut dengan buaya ni, lagi-lagi part buaya menganga tunjuk gigi yang tajam tu. Seriau weyh!

Kalau korang nak tau filem CRAWL bakal buat korang takut dengan haiwan reptilia ni. Ia bermula bila buaya besar atau kita biasa panggil alligator terlepas ke kawasan perumahan bila bencana ribut tahap 5 melanda kawasan Florida.

2. Tema horror aquatic yang lain daripada yang lain.

Selalunya kalau horror aquatic ni, latar tempatnya mesti kat kawasan pantai atau laut. Tapi filem CRAWL bakal bawakan latar tempat yang korang takkan jangka iaitu rumah sendiri.

Bayangkan, rumah yang korang rasa selamat sebagai tempat berlindung ditumpang oleh haiwan pemangsa yang ganas, iaitu buaya yang besar dan menjadikan manusia sebagai buruan.

3. Trailer filem yang mencecah 1 juta tayangan pada jam pertama!

Susah tau trailer filem nak cecah satu juta tayangan pada jam pertama. Tapi, filem CRAWL ni nampaknya memang lain daripada yang lain. Tak percaya korang tengok sendiri.

4. Arahan pengarah filem terkenal The Hills Have Eyes.

Korang pernah tengok The Hills Have Eyes korang mesti tau pengarahnya merupakan pengarah yang sama mengarahkan filem Piranha 3D dan High Tension iaitu Alexandre Aja. Disebabkan filem beliau sebelum ni meletup, filem CRAWL ni sangat dinantikan oleh peminat genre horror aquatic. Tak sabar nak tunggu!

5. Suspense daripada mula sampai akhir. Siapa yang akan terselamat?

Kalau korang nak tau, filem CRAWL memaparkan hubungan kekeluargaan yang tinggi di antara Haley dan ayahnya. Walaupun arahan telah dikeluarkan pihak berkuasa untuk meninggalkan kawasan kediaman kerana ribut tahap 5 bakal melanda, tapi Haley tetap nekad nak mencari ayahnya gagal dihubungi. Apa yang dia tak tau, ada benda lain yang bakal menanti dia.

Korang rasa, dapatkah Haley selamatkan ayah dia yang terperangkap di rumah mereka yang dilanda ribut dan banjir? Adakah mereka dapat selamatkan diri daripada haiwan pemangsa yang ganas ni?

Dapatkan jawapannya dalam CRAWL di pawagam Julai 2019!

Excited pula lepas tengok trailer CRAWL ni. Tak sabar nak tau apa yang bakal jadi nanti. Yelah time ribut tahap 5, lepas tu banjir besar. Macam mana agaknya korang rasa Haley, ayah dia dan mereka yang terperangkap nak menyelamatkan diri daripada bencana alam dan haiwan pemangsa yang mengganas.

Haa… Nak tau kesudahannya korang kenalah tengok sendiri filem CRAWL ni di pawagam berdekatan korang. Filem ni akan mula ditayangkan mulai 11 Julai 2019 tau!

So, save the date guys!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×