berita

‘Korang Islam Ke Kafir?’ – Sahara Yaacob Bengang Rakyat Biar Kerajaan ‘Dera’ Najib

September 20th, 2018 | by faris
Kini Trending

Sebelum ini pelakon Ellie Suriaty muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika perbicaraan pada Julai lalu untuk memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ellie ketika itu berteriak mempertahankan Najib bersama penyokong lain.

Kali ini, penyanyi veteran Sahara Yaacob tampil untuk memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

Korang ni dah kenapa?


Dalam video yang dikongsikan satu page Facebook Otai Bersih itu, Sahara dikatakan berkumpul bersama penyokong bekas perdana menteri itu semalam bersama Lokman Adam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, apa yang berlaku kepada Najib seperti diambil mudah oleh rakyat. Pada pendapatnya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan rakyat perlu menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

Ujar Sahara yang popular di era 80-an ini lagi, kerajaan sekarang seperti ‘mendera’ Najib. Tambah Sahara, apa yang terjadi kepada Najib boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Sumber: Otai Bersih

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×