berita

Korang Mesti Kagum Baca Kisah Juang 3 Rakyat Marhaen Ini. Boleh Dijadikan Inspirasi!

September 4th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Kau dan aku, kita semua ada perjalanan hidup sendiri. Kisah juang setiap orang berbeza dan mempunyai jalan cerita unik yang tersendiri. Yelah, kalau tak berjuang, tak majulah hidup ni.

Cakap pasal kisah juang, korang ingat lagi tak kisah Altimet sebelum ni? Macam mana dia turun ke ibu kota dan mendalami kisah juang masyarakat di situ…

Kalau korang nak tau, itu sebenarnya kempen yang dianjurkan oleh NESCAFE® BLEND & BREW™ bagi mengangkat manifesto dalam diri setiap masyarakat Malaysia supaya mereka membangkitkan semangat juang dalam diri!

NESCAFE® BLEND & BREW™ angkat kisah juang masyarakat sebagai inspirasi

Dalam kehidupan seharian, kadang-kala apa saja yang ada di sekeliling kita boleh dijadikan inspirasi untuk membangkitkan semangat supaya terus berjuang…

Ada yang berjuang seharian tidak kira penat dan lelah serta perlu bangun awal setiap hari untuk menampung kehidupan keluarga dan diri sendiri.

Ada yang berjuang sejak sekolah rendah kerana berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan ada juga yang terpaksa berjuang apabila masuk ke universiti. Mereka terpaksa bekerja sambil belajar untuk membayar yuran dan membeli barangan keperluan.

3 kisah juang berbeza tapi 1 matlamat yang sama

Tiada perjuangan harian yang tidak bermakna. Kecil macam mana pun, semuanya ada makna. Betul tak?

Jom kita selami tiga kisah juang ini dan lihat bagaimana kisah juang mereka menjadi motivasi kepada perjuangan mereka.

Berjuang demi mahu membalas pengorbanan ibu bapa

Nazri

Hustler pertama, Nazri. Menjadikan kedua-dua ibu bapanya sebagai sebagai sumber semangat juangnya setiap hari. Walaupun ibunya telah meninggal dunia, itu tidak menjadi pematah semangat untuknya terus berusaha.

Baginya kasih sayang seorang ibu merupakan satu perkara yang tiada galang ganti kerana seorang ibu boleh menyanyangi anaknya tanpa mengharapkan sebarang balasan. Nazri juga merupakan seorang individu yang sangat menyanjungi kedua orang tuanya. dia merasakan ibu bapanya merupakan individu yang paling hebat di dunia, itu yang menjadikan dia terus kuat.

Tambah dia lagi, sejak ibunya meninggal dunia, bapanya telah tinggal seorang diri. Risau dengan keadaan bapanya yang semakin dimamah usia, dia nekad untuk berhenti kerja dan pulang menjaga bapanya.

Walaupun pada peringkat mulanya, dia terpaksa bartukar-tukar pekerjaan, itu sama-sekali tidak mematahkan semangat juangnya. Kini, dia telah mendapat pekerjaan tetap dan padanya ini semua merupakan satu nikmat yang diberikan kerana berbakti kepada kedua-dua orang tua yang banyak bersusah payah membesarkannya selama ini. Perkara ini yang menjadi pembakar kepada semangat juangnya untuk tidak mudah mengalah!

“Orang perlu tahu bahawa ibu bapa saya merupakan orang paling hebat dalam dunia kerana mereka, saya berjaya hingga ke menara gading. Sebab tulah perjuangan seharian saya adalah untuk membalas jasa mereka”

Berjuang demi ibu dan adik-adik

Baizura

Hustler kedua, Baizura. Terpaksa membesar tanpa kasih sayang seorang ayah sejak berusia 8 tahun kerana penceraian yang berlaku. Dia bersama 3 orang adiknya berpindah ke kampung halaman nenek dan menumpang di rumah saudara mereka.

Walaupun pada peringkat permulaan, dia sedih melihat kekurangan dalam keluarganya, namun melihat ibunya yang tidak patah harapan telah menjadi pemangkin kepada semangat juangnya.

Dia nekad menjadi lebih kuat seperti ibunya untuk menjadi contoh kepada tiga orang adik-adiknya. Tambahnya lagi, sejak kecil dia sudah pandai berdikari dan telah mula bekerja sejak usia 12 tahun lagi. Setiap pagi juga sebelum ke sekolah, dia akan membantu ibunya untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung.

Berkat semangat juangnya itu, dia membesar menjadi seorang wanita yang kuat dan kini dia mula berazam untuk menjadi contoh kepada kedua-dua orang anaknya dan memberikan mereka zaman kanak-kanak yang dia tidak rasai sebelum ini.

“Pernah rasa down, tapi saya tengok maklah, mak pun kuat untuk diri dia jadi saya ambil mak saya sebagai contoh untuk saya menjadi lebih kuat sebab saya tahu saya perlu memberikan yang terbaik buat adik-adik dan kedua anak-anak saya”

Berjuang demi anak isteri

Hidayat

Bagi hustler ketiga Hidayat pula,  keluargalah sumber kepada semangat juangnya. Dia yang mempunyai pekerjaan tetap, sanggup melakukan kerja sambilan untuk memberikan kesenangan kepada isteri dan dua orang anak mereka.

Baginya, tiada istillah penat apabila melihat senyuman di wajah anak-anak dan isteri tercinta. Perjuangannya adalah untuk memberikan kebahagiaan kepada keluarga kerana itulah dia sanggup mencari duit tambahan supaya dia boleh membawa mereka bersiar-siar dan berseronok.

Menurutnya lagi, walau apapun perkara yang dilakukan dia sama sekali tidak mudah berputus asa kerana keluarga menjadi tunggak kekuatannya selama ini.

“Bila kita balik kerja penat-penat, nampak anak dah tunggu depan pintu, dapat peluk dan tengok senyuman diorang, penat tu semua hilang sebab saya tahu apa yang lakukan setiap hari adalah sebab mereka”

NESCAFE® BLEND & BREW™ #BangkitkanSemangatPagi dengan aroma dan rasa kopi yang lebih mantap!

Orang kata, setiap pagi adalah rezeki. Rezeki untuk meneruskan perjuangan kita demi keluarga tersayang dan diri sendiri. NESCAFE® BLEND & BREW™ memahami, kadang-kadang tidak mudah untuk mencari semangat berjuang setiap hari.

Sebab itu melalui kisah juang daripada real hustlers, NESCAFE® BLEND & BREW™ dan Altimet mendapat inspirasi untuk mendendangkan puisi pantas mengenai perjuangan seharian hustlers, dengan niat mahu memberi inspirasi kepada semua untuk terus berjuang.

Dengan secawan kopi NESCAFE® BLEND & BREW™ yang mantap dan beraroma, korang pasti boleh bangkitkan semangat pagi untuk meneruskan perjuangan harian korang.

Jom dapatkan NESCAFE® BLEND & BREW™ di kedai berhampiran korang supaya dapat #BangkitkanSemangatPagi korang! #PagiItuRezeki kan?

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×