berita

Viral Isu Remaja Sindrom Down Disyaki Didera, Penasihat Rumah Bonda Tampil Beri Penjelasan

July 9th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Mona Din

Beberapa hari lalu, viral di media sosial mengenai seorang remaja down syndrome disyaki menjadi mangsa penderaan sebuah pusat penjagaan non-governmental organization (NGO) di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Remaja Sindrom Down Disyaki Didera Di Rumah Kebajikan, Satu Badan Penuh Luka & Parut Ketika Diselamatkan

Terbaru, penasihat pusat penjagaan Rumah Bonda iaitu Syed Azmi telah tampil memberi respon berhubung perkara tersebut.

Respon penasihat Rumah Bonda

Penasihat Rumah Bonda Kuala Lumpur, Syed Azmi

Menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik oleh Syed Azmi di Facebook, beliau selaku penasihat Rumah Bonda Kuala Lumpur memaklumkan bahawa mangsa yang dikenali dengan nama adik Bella bukanlah seorang penghuni di rumah penjagaan tersebut. Sebaliknya, Bella tinggal bersama penjaganya di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Pertama sekali, umum mengetahui bahawa penghuni Rumah Bonda terdiri daripada remaja hamil dan remaja yang memerlukan perlindungan dan bimbingan. Ketika lawatan-lawatan saya ke Rumah Bonda untuk berjumpa penghuninya sejak tahun lalu, seingat saya, saya tidak pernah berjumpa adik Bella.

Syed Azmi juga berharap agar semua pihak tidak mengait atau memetik nama Rumah Bonda sebagai institusi yang terlibat dalam kes penderaan ini.

Kes dalam siasatan polis, JKM

Foto: Mona Din

Jelasnya lagi, mungkin kekeliruan berhubung kes penderaan ini timbul disebabkan penjaga adik Bella merupakan pengasas Rumah Bonda.

Saya sendiri mengetahui mengenai adik Bella buat kali pertama pada hujung bulan Jun 2021 apabila dihubungi seorang wanita (iaitu kawan kepada penjaga Bella) yang mengesyaki bahawa adik Bella telah didera.

Saya meminta wanita tersebut membawa adik Bella ke hospital. Beliau telah memberi saya salinan laporan polis tersebut dan saya telah memanjangkannya kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Syed Azmi memaklumkan pihak-pihak berkuasa sedang menajalankan siasatan lanjut berhubung kes ini selain beliau berharap agar orang ramai terus memberi sokongan kepada Rumah Bonda.

Sebagai seorang pelindung kanak-kanak dan juga penasihat mahkamah kanak-kanak, saya memandang serius perkara ini dan berharap #JusticeForBella dapat dicapai.

Menurut sumber, Syed Azmi telah membuat laporan polis bahawa Rumah Bonda tidak terlibat dalam kes penderaan adik Bella.

Kenyataan media

Sumber: Syed Azmi

SKIP THIS AD ×