berita

Koreografer Selebriti Mengaku Dicabul Michael Jackson

May 23rd, 2013 | by Ai
Hollywood

wade-robson-and-mj

Koreografer selebriti, Wade Robson sebelum ini bermati-matian menafikan yang Raja Pop terkenal, Michael Jackson semasa hayatnya pernah mencabulnya.

Pada tahun 2005, Wade yang ketika itu berumur 22 tahun menegaskan kepada mahkamah yang MJ tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu ke atasnya setiap kali Wade bermalam di kediaman MJ.

Tapi nampaknya keadaan dah berubah apabila kini selepas empat tahun kematian MJ, Wade seolah-olah menukar fikiran berkenaan penafiannya sebelum ini.

Wade yang sekarang ini berusia 30 tahun telah memfailkan dokumen di California mengatakan yang Michael pernah mencabulnya semasa dia masih kanak-kanak.

Screen Shot 2013-05-23 at 13.00.25

Wade menari sewaktu kecil

Seawal usia 5 tahun, Wade pertama kali berjumpa MJ dan hubungan mereka semakin rapat sejak itu kerana MJ dikatakan membantu Wade mengejar cita-cita sebagai penari.

Nama Wade semakin dikenali apabila dia dipilih menjadi koreographer untuk konsert jelajah Britney Spears pada usia 19 tahun dan pernah bekerjasama dengan Justin Timberlake sebagai pengadil untuk program ‘So You Think You Can Dance’.

Screen Shot 2013-05-23 at 13.08.21

Wade sangat berbakat dalam tarian

Ketika zaman kanak-kanaknya, ada sumber mengatakan yang MJ mengarahkan Wade untuk berdiam diri dan tidak mendedahkan rahsia mereka kepada umum. MJ juga meracun fikiran Wade dengan menyatakan jika rahsia mereka terdedah, kehidupan mereka akan hancur.

Wade yang ketika itu masih kecil dan tidak dapat membezakan benda baik dan buruk pastinya percaya bulat-bulat apa yang diberitahu MJ. Tapi persoalannya, kenapa selepas empat tahun kematian MJ baru dia mahu membuka mulut. Apa yang cuba disampaikan oleh Wade?

Apapun, jom tengok dulu video-video Wade Robson di bawah.

SKIP THIS AD ×