Terbaru, dua kanak-kanak perempuan dari China telah dikuarantinkan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi akibat mempunyai simptom yang disyaki wabak koronavirus. Kanak-kanak itu datang ke Pulau Langkawi bersama keluarganya sejak Jumaat lalu.
Keluarga itu datang dari Guangdong
Memetik laporan Harian Metro, Pengarah HSM Dr Mansor Ismail melaporkan pihaknya sedang membuat pemeriksaan lanjut berdasarkan simptom itu dan sejarah perjalanan mereka sebelum tiba di Pulau Langkawi.
Setakat ini, dua kanak-kanak perempuan itu cuma disyaki sahaja dan kita sedang membuat pemeriksaan lanjut terhadap simptom yang ada pada mereka. Ibu bapa mereka bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang tanda berkaitan wabak nCoV.
Keluarga ini datang dari Guangdong, China dan memasuki Malaysia menerusi KLIA pada Isnin lalu sebelum mengambil penerbangan ke Pulau Langkawi pada Jumaat. Doktor memaklumkan sampel keluarga itu turut dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk penilaian lanjut.
7 krew dikuarantinkan 14 hari
Sementara itu, menerusi laman Facebook rasmi Malindo Air telah mengesahkan 7 orang anak kapal sedang dikuarantinkan koronavirus.
UPDATE (26 January 2020): Malindo Air would like to confirm that 7 of its crew have been quarantined (for up to 14 days) in Zhengzhou as there was a passenger from Hubei province on-board, who is suspected with coronavirus. These crew operated flight from Kuala Lumpur to Zhengzhou on 24th January.
Malindo Air is closely monitoring the situation and providing all necessary assistance to the crew as well as authorities in China, to minimise the spread of the coronavirus.
As we speak, proactive screening of passengers on the ground and tighter control over the movement of our passengers for all flights to and from Mainland China are on going. All Chinese passengers from Hubei province (as shown in passport) must produce medical certificate to proof that they are fit to fly. Passengers who are found unfit to travel will be denied to board the flight.
7 orang anak kapal itu sedang dikuarantinkan selama 14 hari akibat jangkitan wabak itu. Salah penumpang di dalam penerbangan berkenaan disyaki dengan gejala koronavirus. Penumpang dari wilayah Hubei tersebut menaiki pesawat dari Kuala Lumpur ke Zhengzhao pada 24 Januari.
Sumber: Metro, Malindo Air