Kerajaan hari ini mengesahkan tiga lagi kes terbaharu membabitkan wabak koronavirus di negara ini membabitkan warganegara China.
Menerusi laporan Berita Harian, Kementerian Kesihatan melalui Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkifly Ahmad berkata, tiga suspek tersebut yang disyaki mengalami wabak itu sedang menunggu ujian pengesanan dan pengesahan dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
Tiada kaitan dengan kes sebelum ini
Menurut Dzulkefly, ketiga-kes terbaharu ini bagaimanapun tidak mempunyai hubung kait dengan empat kes yang pernah dilaporkan sebelum ini.
Kes terbaharu ini tidak mempunyai kaitan dengan empat lagi kes yang dilaporkan sebelum ini.
Jelasnya, seorang daripada tiga individu yang disyaki itu sedang dikuarantin di Hospital Bintulu, Sarawak dan baki dua lagi ditempatkan di Hospital Langkawi, Kedah.
Usah panik dan bimbang
Dzulkefly dalam pada itu sempat mengingatkan orang ramai untuk tidak bimbang dengan kehadiran pelancong dari Wuhan, China yang memasuki negara ini.
Ini kerana katanya, kerajaan di negara tembok besar itu sendiri sudah menyekat penerbangan dari Wuhan sejak penyebaran wabak itu.
Rakyat tidak perlu bimbang mengenai kehadiran pelancong dari Wuhan, China yang memasuki negara ini kerana kerajaan China sudah menyekat penerbangan dari Wuhan.
Beliau seterusnya turut berharap agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran berita palsu yang boleh menimbulkan panik dalam kebimbangan dalam kalangan masyarakat berhubung wabak koronavirus ketika ini.
Sumber: Berita Harian, Bernama