berita

Koronavirus: Pembawa Virus Berkemungkinan Besar Tidak Menunjukkan Gejala Awal

January 26th, 2020 | by Amat
Kesihatan & Hidup Aktif

Jumlah kematian melibatkan koronovirus semakin meningkat dan kesemuanya dicatatkan di negara China. Malah, beberapa serantau turut mendapat tempias wabak ini antaranya Thailand, Malaysia, Singapura, Jepun dan Korea.

Perkara ini nyata menjadi kebimbangan ramai pihak berkenaan penyebaran wabak kepada umum dan adakah kemungkinan besar pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala seperti demam, batuk, selesema dan sakit kepala?

Seminggu selepas itu baru ada simpton

Menerusi laporan Astro Awani, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC), Prof. Dr Sazaly Abu Bakar telah menjelaskan memang wujud sesetengah pembawa virus yang tidak menunjukkan sebarang gejala. Bagaimana untuk kita memahami penularan koronavirus ini?

Kita perlu mengenal pasti siapakah pesakit ini secepat yang mungkin. Jika ada suspek kita kena buat kajian dan pengesanan di makmal dengan segera. Apabila kita sudah mengetahui pesakit ini, kita juga kena cari siapakah yang berdekatan dengan suspek dikhuatiri juga terkena.

Jadi saya faham ini bukan perkara mudah. Ada sesetangah orang seminggu selepas itu baru ada simptom dan dalam masa itu mungkin dia telah dedahkan ramai pekerja, rakan pejabat dan mungkin sesama dalam satu bas.

Merebak cara udara

Tambah Prof. Dr Sazaly Abu Bakar lagi, koronavirus ini boleh merebak melalui udara dan cecair. Anda juga dinasihatkan kerap membasuh tangan menggunakan sabun bagi menghindari dari terkena wabak tak diundang ini.

Buat masa ini, virus itu boleh merebak cara udara. Virus itu juga boleh berjangkit dengan cecair. Sebab itu digalakkan kita memakai topeng yang berkesan. Basuh tangan dengan kerap apabila kita menggunakan tandas. Kalau boleh basuh dengan sabun kerana virus ini boleh dihapuskan dengan sabun yang banyak ataupun alkohol yang boleh membunuh virus ini.

Bila berlaku wabak, pertama sekali jangan panik. Jika ada rasa yang sama, dapatkan rawatan di hospital dengan segera. Kita sendiri yang bertanggungjawab menggunakan topeng supaya tak menjangkiti orang terdekat. Mengamalkan tabiat membersihkan tangan kita. Apabila bersin kena tutup dengan tangan sendiri dan basuh dengan sabun.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×