Penyebaran 2 salinan dokumen di laman-laman sosial yang memaparkan kos sebenar sambutan Hari Belia, mencecah lebih RM15 juta menimbulkan tanda tanya ramai pihak sama ada dokumen tersebut adalah salinan yang sah, atau palsu. Sebenarnya, ini bukanlah satu kejutan memandangkan kos penganjuran acara ini melibatkan jutaan rakyat Malaysia, sudah tentu mencecah jutaan ringgit.
Cuma, ramai yang mempersoal apabila pihak terbabit menyatakan kos untuk membawa artis K-Pop sebenarnya mencecah RM2.04 juta! Satu angka yang amat tinggi!
Mungkin, itulah harga populariti U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet yang harus dibayar untuk menarik minat seluruh rakyat Malaysia untuk hadir ke acara belia yang terbesar diadakan di Malaysia.
Sebelum ini, kontroversi artis K-Pop mula lantang diperkatakan apabila ia disifatkan terlampau seksi sehingga disama tarafkan dengan penganjuran parti maksiat.
Sebagai peminat K-Pop, apa kata anda pula?
Kredit foto : Luharu.com