berita

Kos Murah & Hasil Lumayan- 7 Faedah Sistem Aquaponik Yang Korang Boleh Buat Di Rumah!

June 9th, 2016 | by Ai
Make-It-Senang

aqua 7.1

Korang mesti ada yang suka bercucuk tanam, kan? Kata orang, bercucuk tanam ni satu terapi jugak, di samping dapat menjana pendapatan atau mengisi masa lapang. Halaman rumah pun jadi cantik kalau ada banyak pokok-pokok. Tapi masalahnya, kalau jenis yang duduk di kota metropolitan ni celah mana la nak dapat tanah luas untuk bercucuk tanam, kan? Lagi pulak orang yang duduk kat apartment tu.

Salah satu cara alternatif untuk bercucuk tanam adalah dengan menggunakan kaedah aquaponik, yang menggunakan paip pvc sebagai takungan dan tidak menggunakan tanah. Ala-ala hidroponik tapi aquaponik ni lebih sustainable dan kos nak buat pun murah. Jom baca pengalaman Amin Rukaini tentang penghasilan aquaponik ni. Dia buat dengan mak mertua dia tau!

Faedah sistem aquaponik

aqua 1.1

Sistem aquaponik buatan sendiri (DIY) mula menampakkan hasil. Dulu angan-angan ja, now menjadi kenyataan. Hasil projek dengan emak mertua. Pokok semaian mula naik subur!

Apa faedahnya sistem aquaponik ni?
1. Air kolam ikan atau penapis tidak perlu ditukar pada jangka masa panjang.
2. Sisa najis ikan dan makanan akan diambil oleh pokok yang ditanam sebagai nutrient.
3. Bakteria yang berada di batu & akar pokok membantu mengurai nutrient daripada air kolam ikan. Air yang lebih bersih dikitar semula masuk ke kolam.

Ikan boleh dimakan, sayur boleh dipetik!

aqua 1.2

4. Pokok juga tidak perlu dijaga (disiram dan dibaja). Hanya cucuk tanam dan biarkan ia membesar.
5. Sampai masa, ikan boleh dimakan, sayur boleh dipetik!
6. Boleh dibuat sendri (DIY), semua bahan boleh didapati dari kedai hardwares.
7. Total semua kos sistem ni hanya RM250-300 sahaja! (PM kalau nak tolong set up, caj dikenakan)

Sistem yang mapan (sustainable)

aqua 5

Kesimpulan, aquaponik satu sistem yang mapan (sustainable). Untuk lebih environmentally friendly, boleh guna Solar Panel untuk generate electricity kepada pam air.

Dalam kes ini, hanya air pancut (fountain) sahaja yang menggunakan solar.

Akhirnya jadi juga petani moden. Nak makan sayur nanti petik belakang rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Amin Rukaini Mustafa

SKIP THIS AD ×